Jam tangan adalah aksessori utama bagi seseorang. Pemakaiannya dapat membantu kita memantau masa dengan lebih efisyen selain bisa kelihatan sofistikated.
Dipandu trend dengan gaya rekaan terkini, syarikat pengeluar jam tangan yang ditubuh sejak tahun 1833 ini sekali lagi menghebah dan melancarkan dua rekaan jam tangan baharu iaitu Geophysic True Second dan Geophysic Universal Time. Kedua-dua rekaan merangkumi ciri elegen estatik dan lebih mesra pengguna kerana dilengkapi kecanggihan teknikal yang selari dengan alaf baru.
Melihat kepada kempen Jaeger-LeCoultre baru-baru ini, ia telah menjanjikan bagi menggalakkan kemunculan kepekaan baru di mana, jam tangan bukanlah sekadar pemberitahu masa malah merupakan prisma untuk memukau, memikat dan memberikan serba-serbi kepuasan kepada si pemakai.
Sebagai salah sebuah syarikat pengeluar jam tangan yang pakar dan terkenal dalam penguasaan teknologi horologi serta kreatif, rekaan jam tangan sentiasa menepati ciri perincian yang tampak bersih dan kemas. Setiap satu-satu rekaan mempunyai nilai yang tersendiri sambil menerapkan karakter klasik melalui keterampilan kontemporari yang maskulin.
Untuk maklumat lanjut mengenai rekaan jam tangan baharu Geophysic True Second dan Geopgysic Universal Time, sila layari www.jaeger-lecoultre.com