Khas buat lelaki yang mementingkan kekemasan diri dan rupa paras mereka, Gillette, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia dandanan lelaki kerana syarikat pengeluar alat pisau pencukur itu baru-baru ini telah kembali mengamit memori lamanya sebagai salah satu alat dan aksesori rasmi bagi filem aksi terkenal James Bond.
Sehubungan dengan itu, Gillette sekali lagi berkolaborasi dengan filem berkenaan untuk kali yang ke-21. Memulakan kerjasama bersama francais James Bond dari Filem ketiganya, Goldfinger pada tahun 1964, terdapat babak di dalam filem berkenaan yang memaparkan adegan paling ikoniknya, James Bond menggunakan pisau pencukur Gilltes yang boleh diubah-ubah daripada alat pencukur kepada alat penjejak.
Setelah hampir lima dekad, Gillette kini memasuki gerbang kemahsyuran gajet 007 dalam filem terbaharunya SPECTRE. Filem berkenaan dijangka bakal ditayangkan kepada umum pada November tahun ini.
Dengan adanya teknologi dari makmal pencukur paling sofiskated di dunia, kini Gillete telah menambah baik produk keluarannya. Memperkenalkan kepada anda, Gillette Fusion ProGlade! Ia dilengkapi dengan teknologi Flexxball baharu yang memiliki ciri pergerakan 3D (Tiga Dimensi) hingga membolehkan pisau cukur untuk meliputi setiap kontur wajah bagi mencukur setiap helaian rambut.
Bukan mudah untuk menguruskan hal perapian bulu wajah bagi kaum lelaki, betul tak? Sekarang anda tidak perlu rosau lagi. Dengan adanya Gillette Fusion ProGlade yang dikuasai sehingga lima (5) bilah pisau itu, ia bisa mencapai kesemua bulu walaupun di kawasan kulit paling sensitif iaitu dibahagian atas bibir dan dicelah bawah hidung.
Bagi sesiapa yang mempunyai kebuntuan untuk mendapatkan hadiah yang sempurna untuk ayah, abang atau mungkin kekasih anda, pek hadiah Gillette Fusion ProGlade adalah jawapan yang paling tepat untuk meredakan kebuntuan anda! Ia akan mula dipasarkan ojuga pada bulan November ini selari dengan bulan tayangan filen Spectre.
Selain itu, Gillette juga akan membuat promosi tiket percuma ke tayangan SPECTRE untuk setiap pembelian RM30 keatas barangannya di seluruh negara. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Buat pria yang selalu mengangkat nama James bond, jika anda tidak bisa berhenti untuk mengagungkan watak maskulin yang berketerampilan hebat dalam persalinan sut tuxedo serta wajah yang tampan dan bergemerlapan, tidak dinafikan yang anda juga boleh mengecapi gaya dan rupa seperti Bond. Gunalah Gillette Fusion ProGlade baharu dan rasai dunia Bond yang sebenar!
Untuk maklumat lanjut mengenai alat pencukur Gillette Fusion ProGlade yang baharu, sila layari www.m.gillette.com.my atau www.facebook.com/GilletteMalaysia