Apabila menyentuh topik seni, ia adalah merupakan ilham dari seseorang yang begitu istimewa. Satu-satu idea itu adalah sangat berharga jika ianya benar-benar asli dan belum ada orang terfikirkan tentangnya sebelum ini. Malah, ia akan menjadi lebih bernilai apabila diselit dengan maksud dan makna tersirat merangkumi mesej bermoral serta kesedaran untuk tatapan warga umum.
Sebuah acara tahunan berprestij yang dianjurkan bagi mengiktiraf para pelukis dan karyawan seni di sekitar Malaysia iaitu pertandingan Painting of the Year 2015 oleh UOB Malaysia yang berlangsung semalam, telah bersepakat untuk menganugerahkan gelaran juara kepada Tiong Chai Heing dengan lukisannya yang diberi tajuk Stifling tahun ini.
Lukisan itu bukanlah sebarang lukisan biasa, tetapi ia merupakan lukisan yang menerapkan nilai kemanusian yang begitu estatik. Karya berkenaan dikatakan telah berjaya mencerminkan keprihatinan beliau terhadap isu alam sekitar yang diakibatkan oleh bahaya penebangan hutan untuk tujuan perladangan kelapa sawit. Ia juga menggambarkan seorang lelaki terperangkap di sebatang pokok minyak sawit yang beracun serta jurang kepekaan manusia terhadap alam semula jadi.
Acara pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu kategori pelukis mapan dan kategori pelukis baru. Setiap kategori terdiri daripada pemenang utama termasuk Anugerah UOB Painting of the Year serta Anugerah Seniman Tahunan Yang Paling Berpotensi dan tiga anugerah turutan iaitu emas, perak dan gangsa bagi kedua-dua kategori.
Untuk pengetahuan anda, Tiong bakal menyertai sebuah lagi pertandingan yang melibatakan juara Painting of the Year dari Indonesia, Singapura dan Thailand pula untuk mendapatkan anugerah serantau Painting of the Year UOB Asia Tenggara disamping merebut peluang memnangi program residensi selama sebulan di Muzium Seni Asia Fukuoka, Jepun.
Bagi anda yang berminat untuk melihat hasil karaya agung para pelukis yang berbakat dan berjiwa besar, terdiri dari para pemenang yang mendapat penganugerahan, anda bolehlah meluangkan masa untuk hadir ke Curate, LG1-1, SENI Mont’ Kiara, 2a Changkat Duta Kiara, Mon’t Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Pameran akan berlangsung dari 23 Oktober hingga 13 November ini, di antara jam 11am – 7pm dan masuk adalah percuma!