Tidak lama lalu, bertempat di MAEPS Serdang, satu acara automobil anjuran UEM Sunrise Sdn Bhd dengan kerjasama Mall of Medini serta sokongan Publika, Art of Speed sekali lagi bakal mengegarkan Johor pada 31 Oktober dan 1 November ini dari jam 10am hingga 6pm.
Acara tahunan ini bukan sahaja mempromosikan pameran galeri seni dan demo yang mengetengahkan objek automomobil semata malah juga memberi keseronokan kepada para pengunjung khasnya buat hiburan hari minggu anda sekeluarga.
Mendapat sambutan yang memberangsangkan pada acara yang lalu, para peminat seni kustom di seluruh Malaysia telah menggesa pihak penganjur untuk membuat acara sampingan di negeri-negeri terpilih dan oleh itu kini Art of Speed Malaysia Tour Johor 2015 diadakan.
lebih menarik, ia menampilkan khemah marquee sebesar 40 kaki x 115 kaki untuk menampung kenderaan klasik dan kustom termasuk aktiviti sampingan lain seperti yang telah dijanjikan iaitu bazaar jualan, sesi kustom dan kopi bersama Dean Rolling Ink (Malaysia), Joop dari Singapura dan Bone Alfie dari District Shop-Gallery (Malaysia), kontena aktiviti interaktif berserta hadiah, kugiran dari band-band ternama tanah air dan banyak lagi!
Bagi anda yang berminat mengisi masa lapang anda di hari minggu bersama keluarga, inilah masanya. Lebih-lebih lagi jika anda adalah peminat tegar seni kustom dan automotif. Masuk adalah percuma!
Lebih menarik, para peserta Art of Speed Malaysia Tour Johor 2015 juga berpeluang memenangi anugerah Best of Show dan anugerah-anugerah lain dalam kategori Kereta, Motosikal dan Basikal Lowrider.
Tidak ketinggalan untuk anda yang gemar melihat perlumbaan, saksikan sebuah aktiviti perlumbaan yang menampilkan motosikal StreetClub sebagai aktiviti kemuncak untuk acara gilang-gemilang ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.artofspeedmy.com atau lawati laman Facebook mereka di ArtOfSpeedMY