Demam Kepialu ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Kepialu (Salmonella typhi). Kuman-kuman ini terdapat di dalam air kencing dan najis pesakit Kepialu dan pembawanya.
Pembawa Demam Kepialu ialah seorang yang mempunyai kuman-kuman Kepialu dalam badanya, tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda Demam Kepialu.
Bagaimana Demam Kepialu Boleh merebak:
- Penyakit ini direbakkan oleh orang-orang yang tidak mengamalkan kebersihan diri, makanan dan alam sekeliling dengan sempurna.
- Mereka membawa kuman-kuman di badan dan di tangan mereka. Penyaji makanan yang tidak membasuh tangan mereka dengan teliti akan mencemarkan makanan dan minuman yang mereka sediakan dan sajikan.
Apakah jenis-jenis makanan yang biasa di kaitkan:
- Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
- Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
- Sayuran mentah (ulam dan salad)
- Cendol
- Susu mentah
Tanda-Tanda & Gejala
Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 – 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.
Seorang pesakit Kepialu atau pembawanya yang membuang najis di merata-rata tempat adalah merbahaya kerana najis-najis ini akan mencemarkan bekalan air atau makanan melalui cara-cara berikut:-
- Hujan yang turun kemudian mengalirkan air yang bercampur najis masuk ke dalam telaga. Seterusnya punca air tersebut pun dicemarkan dengan kuman-kuman kepialu.
- Lalat yang menghinggap najis tadi kemudian akan hinggap pula diatas makanan yang terdedah atau yang tidak ditutup dengan teliti.
- Dengan demikian, sesiapa yang memakan makanan yang dihinggap lalat tadi akan dijangkiti DEMAM KEPIALU.
Apa Harus Anda Lakukan:
- Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan teliti sebelum dimakan. Elakkan dari makanan mentah terutama dimusim wabak
- Basuh semua pinggan mangkuk dengan menggunakan air yang bersih
- Masak air yang hendak diminum
- Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih selepas membuang air besar dan sebelum menyedia atau memakan makanan.
- Tutup/Tudung semua makanan supaya tidak dihinggap lalat
- Gunakan penyepit, bukan dengan tangan untuk mengambil makanan
- Sediakan makanan di tempat tinggi bukan di atas lantai
- Gunakan tandas yang sempurna dan jangan membuang air besar di merata tempat
- Bersihkan kawasan sekeliling untuk mengelakkan dari pembiakan lalat
- Berjumpalah doktor di klinik-klinik atau hospital yang berdekatan sekiranya anda mengidap cirit-birit, sakit perut atau demam.
Komplikasi Penyakit
- Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya
- Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).
Rawatan
- Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal.
- Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan