Berita menarik buat para peminat tegar Star Wars! Seperti yang sudah sedia maklum, Disney XD sentiasa menyediakan hiburan animasi aksi terbaik buat para penontonnya.
Walaupun saluran itu ditayangkan bagi menarik lebih 98% golongan penonton kanak-kanak dan remaja, tetapi ia tidak pernah gagal untuk menarik para peminat Star Wars yang terdiri daripada golongan dewasa juga.
Kini, Disney XD sedang giat mempromosikan rancangan Star Wars Rebels musim yang ke-2, dan bagi memberi lebih keseronokan kepada anda, anda semua diundang untuk menyertai kempen mengubah suai aksessori ikon Star Wars itu.
Mesti anda tidak pernah terfikir yang anda boleh mengubah suai Helmet Stormtrooper mengikut cita rasa anda sendiri kan? Jangan gusar kerana kempen anjuran Disney Channel dan Disney XD ini membolehkan para peminat Star Wars melakukannya!
Jom sama-sama kita meluahkan kreativiti dan idea di luar kotak dengan menyertai kempen ubah suai Helmet Stormtrooper ini! Mudah, anda hanya perlu layari www.designyourhelmet.asia, daftar diri sebagai ahli dan mula menebarkan daya kreativiti anda dia atas kanvas rekaan! Setelah selesai, anda boleh “save” dan hantarkan rekaan anda bagi menyertainya pertandingan kempen ini.
Para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk hadiah utama berbentuk tiket menyertai sambutan Star Wars di London pada tahun 2016 untuk dua orang dewasa atau empat orang ahli keluarga! Manakala lapan lagi pemenang bertuah bakal menerima hadiah ekslusif lain iaitu Wii-U dan pek permulaan Disney Infinity 3.0! Jangan lepaskan peluang untuk sertai pengembaraan yang mendebarkan ini!
Jangan lupa tonton episod baru Star Wars Rebels Musim ke-2 dari 24 Oktober, setiap hari Sabtu pada jam 8.30am hanya di Disney XD, saluran Astro 617 dan Astro HD 637 dan di Disney Channel, Astro 615!