Untuk melihat lebih dekat dan menimba pengalaman melihat secara lebih dekat jam tangan serta berang kemas ekslusif, A Journey Through Time kini kembali untuk tahun kesembilan membawakan anda sebuah pameran gemerlapan yang tiada tandingannya.
Bakal diadakan di Starhill Gallery pada 20 hingga 27 November, A Journey Through Time IX akan menampilakn para selebriti bertaraf bintang, para penghibur bertaraf dunia, pertunjukan fesyen dan yang merupakan acara kemuncak adalah pameran berprestij jam tangan canggih dan barang kemas dari seluruh dunia selama 8 hari.
Acara tahuanan ini bertujuan untuk menyediakan platform hiburan dan santai untuk para pengunjung temoatan serta luar negara yang pastinya memfokuskan golongan yang lebih muda.
Terdapat juga ucapan penghargaan pada hari berkenaan untuk memancing dan mengajar individu yang berminat untuk memulakan pengumpulan koleksi mereka. Aksessori istimewa sebegini sememangnya tidak akan pernah lapuk kerana nilainya yang cukup besar dan harganya kian melambung di masa akan datang.
Antara intipati perbincangan diskusi adalah cara memulakan koleksi jam tangan bagi untuk membantu anak muda yang berminat dan pengetahuan serta cara untuk membeli berlian anda yang pertama. Menarik bukan? Seharusnya anda punyai ilmu dahulu sebelum anda melaburkan wang anda. Itu lebih terjamin.
Horologer terkenal Singapura, Eroc Ong juga akan membuat penampilan khasnya demi membincangkan topik perihal penggemar dan pengumpul jam tangan serta seni pembuatan jam sempurna untuk para pecinta jam tangan sekalian.
A Journey Through Time IX akan dipandu oleh makan malam gala, malam anugerah, parti bertema dan acara minum petang khas.
Untuk maklumat lanjut berkenaan acara berprestij di Starhill Gallery pada November akan datang, sila layari www.starhillgallery.com