Kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima jumlah hujan paras purata bagi bulan Oktober, November dan Disember kecuali Johor dan timur Pahang, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail.
Jelas Che Gayah, buat masa ini negara sedang berhadapan musim peralihan monsun yang dijangka berakhir awal November nanti.
Peralihan monsun katanya, akan membawa kepada Monsun Timur Laut pada minggu pertama dan kedua November dan dijangka berakhir minggu kedua atau ketiga bulan Mac 2016.
“Semasa Monsun Timur Laut kita jangkakan akan berlaku empat hingga lima episod hujan lebat monsun.
“Episod pertama kita jangkakan pada minggu ketiga dan keempat November 2015 dan sepanjang musim Monsun Timur Laut atau tengkujuh kita jangkakan taburan hujan bulan November di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia dan Sarawak kecuali bahagian Timur Sabah akan dapat hujan pada paras purata”. Petikan dipetik dari berita yang dikeluarkan oleh Astro Awani pada 3 Oktober yang lalu.
Daripada sumber baharu yang diperoleh dari sumber lain pula menyatakan, Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media tentang permulaan monsun timur laut yang dijangka akan bermula pada awal minggu pertama bulan November ini.
Monsun timur laut atau lebih dikenali dengai musim tengkujuh ini dijangka akan berakhir pada Mac 2016 di mana negara akan mengalami empat episod hujan lebat yang menyeluruh selama tiga hingga empat hari.
Episod hujan lebat ini dijangkan akan mengakibatkan banjir di beberapa buah negari di Pantai Timur Semenanjung pada November 2015 hingg Januari 2016 dan banjir di Barat Sarawak pada Januari hingga Februari 2016.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia lagi, dengan bermulanya musim tengkujuh ini, masalah jerebu akan pulih disebabkan oleh tiupan angin Timur Laut yang bertiup secara berterusan merentasi Laut China Selatan akan menghalang jerebu sampai ke negara kita.
Selain itu kehadiran fenomena El Nino berintensi kuat pada ketika ini memungkinkan risiko hujan lebat dan banjir besar ekstrem adalah kurang berbanding dengan musim tengkujuh tahun lepas yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur Semenanjung.
Keselamatan harus diutamakan dan bagi segala maklumat berkenaan bencana alam, sila rujuk www.portalbencana.mkn.gov.my. Diharap anda yang tinggal berhampiran kawasan yang bakal terlibat dapat menyediakan kelengkapan secukupnya untuk menghadapi situasi ini.