PUMA, setanding dengan jenama pakaian dan barangan sukan berprestij yang lain. Baru-baru ini, jenama yang memaparkan puma atau sejenis harimau itu sebagai logonya memegang simbol keberanian dan kuasa jitu.
Baru-baru ini, Puma melancarkan kasut larian baharu daripada siri IGNITE yang digelar PWRCOOL. Rangkaian kasut versi ini adalah antara yang paling canggih dilengkapi teknologi “thermo-regulation” dimana ianya boleh membantu mengekalkan tahap suhu badan yang optimal kepada si pemakai, seterusnya memelihara tenaga agar tidak lekas habis.
Selain itu, ia turut dilengkapi pelapik ComfortTemp yang dapat mengawal suhu badan. Tidak ketinggalan, reka bentuk yang minimum pada bahagian atas kasut pula menawarkan fleksibiliti ringan dan patut sangat selesa.
Dipakai oleh lelaki yang terpantas di dunia iaitu Usain Bolt, PWRCOOL mengetengahkan ciri bahan kusyen unggul yang bisa menyebar daya impak, sambil memberikan tindak balas yang optimum dan pulangan tenaga, membuatkan pelari menjadi lebih cepat dan tangkas.
PUMA telah sekian lama bekerjasama dengan atlet dari Jamaika. Bumi Jamaika yang amat terkenal sebagai penghasil bauksit terbesar di dunia serta iklim panasnya yang sempurna telah menjadi identiti yang amat dicari-cari oleh jenama berkenaan bagi menguji daya dan ketahanan setiap rekaan kasutnya.
PWRCOOL ini direka untuk menjaga keselesaan atlet. Secara tidak langsung, ia dapat memberi kekuatan dan motivasi luaran kepada para atlet walaupun dalam keadaan cuaca panas melampau. Ini juga bisa merangsang pengalaman pengguna selari dengan motif dan matlamat PUMA.
Jika anda juga mengimpikan untuk menjadi pelari dan atlet yang berkaliber dan hebat seperti binatang yang digelar singa gunung atau Puma, anda boleh mendapatkan kasut PWRCOOL yang kini terdapat di semua gedung PUMA yang sah seluruh Malaysia, dijual pada harga RM459.
Warna yang ditawarkan adalah Hitam, “Italian Plum” dan Jingga Terang “Fiery Coral”.
https://www.youtube.com/watch?v=qkWGJJ1e274
Untuk maklumat lanjut berkenaan PUMA PWRCOOL dan PUMA Night Run, sila layari global.puma.com & www.puma-nightrun.com.my