Berapa ramai diantara anda yang merupakan hantu “makeup”? Pantang masuk Sephora, nak beli. Pantang masuk Nars, nak beli. Pantang masuk M.A.C, nak beli. Sampai masuk Daiso pun masih ada hati untuk cuba rangakaian alat solek dan produk kecantikannya, ha yang ni parah! Memang jenis makeup “junkies” yang tegar ni.
Ah! Semua itu nafsu semata. Nafsu setakat untuk ada dan mempunyainya. Bukan anda mampu guna sampai licin pun. Kadang tu, sampai dah penuh laci dan tempat simpanan digunakan untuk menyumbat segala macam ‘barang permainan’ kesayangan anda itu. Betul tak?
Jadi macam mana ni? Nak buang rasa sayang. Masa mula-mula beli dulu tak ingat dunia dik oi! Sampai sanggup ikat perut, berhabis duit beli, nak ikut trend kononnya. Nak tak nak, simpanlah semuanya ibarat koleksi muzium. Bila anda rasa nak guna, anda guna. Kalau tak, simpan. Bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”. Mana tau nanti tengah terdesak, boleh lah anda guna. KATANYA…
Tetapi tahukah anda alat solek dan produk kecantikan juga mempunyai jangka hayat. Ya! Tarikh luput. Ini dia wanista sajikan gambaran ringkas bagaimana kebanyakkan alat solek dan produk kecantikan boleh memberi pengalaman mengerikan ke dalam kehidupan para gadis dan wanita diluar sana.
#1 Produk yang hadir di dalam botol atau bekas menjadi tempat dan habitat bakteria!
Tangan tu jangan mengada-ngada nak colek krim pelembap kalau tak bersih dan basuh dahulu. Sama lah, orang tua-tua cakap, tangan tu jangan gatal nak mengutil jerawat. Sebabnya, tangan/jari adalah tempat paling banyak bakteria membiak. Jadi, apabila anda hendak menggunakan produk sebelum membasuh tangan anda dengan rapi, alamatnya bakteria dari tangan akan berpindah ke produk dan alat solek anda. Awas!
#2 Tukar produk yang anda gunakan pada bahagian mata dengan kerap.
Ini adalah bagi mengelakkan mata anda daripada terkena sebarang jangkitan. Maskara atau cecair pelentik bulu mata bisa tahan selama tiga (3) bulan manakala pembayang mata atau “eyeshadow” dapat bertahan kurang lebih dua (2) tahun. Ambil perhatian okay! Jika lebih dari tempoh yang disyorkan. Buang sahajalah dan gantikan dengan yang baru.
#3 Produk pencuci muka khas untuk jerawat juga perlu ditukar dengan kerap.
Produk pencuci muka yang mengandungi bahan atau formula ubat-ubatan selalunya lebih cepat tamat tempoh.
#4 “All-natural” atau produk yang berasaskan bahan organik mempunyai jangka hanyat pendek.
Ini kerana produk organik biasanya tidak mempunyai sebarang pengawet.
#5 Percubaan untuk melembapkan maskara anda yang telah kering sememangnya mengundang pertumbuhan bakteria yang lebih serius!
VIDEO OLEH BUZZFEED