Untuk meraikan musim perayaan yang hampir tiba, Crabtree & Evelyn memperkenalkan Koleksi Hadiah Musim Perayaan 2015 dengan spektrum warna-warna yang cerah, aroma wangian bermusim serta kelazatan yang luar biasa – membuka pintu bagi meraikan musim perayaan yang menakjubkan.
Para pelanggan pastinya akan terpesona dengan bahan-bahan botani terbaik yang dihasilkan untuk menjadi krim yang kaya serta memanjakan kulit, kotak hadiah yang dihiasi secara teliti serta makanan lazat yang disediakan.
Terdiri daripada kotak simpanan tin bermuzik yang mengandungi krim pelembap tangan, kotak hadiah yang mengandungi haruman mewah serta makanan lazat yang berkualiti, koleksi Hadiah Musim Perayaan 2015 daripada Crabtree & Evelyn 2015 ini pastinya mewujudkan sebuah cerita indah yang menakjubkan.
Koleksi Hadiah Musim Perayaan 2015 daripada Crabtree & Evelyn menawarkan pelbagai pilihan hadiah untuk semua peringkat umur dan pada harga yang berbeza, dipersembahkan dalam kotak-kotak simpanan tin edisi terhad yang dihiasi dengan ilustrasi musim perayaan tahun ini yang indah.
Koleksi ini boleh didapati di kesemua kedai-kedai Crabtree & Evelyn di seluruh negara bermula pada bulan November 2015.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi ini, sila layari Crabtree & Evelyn.