Pesakit asma boleh menarik nafas lega dengan pelancaran Relvar® Ellipta®, pilihan rawatan sekali sehari daripada GlaxoSmithKline (GSK) dan Theravance, Inc. Relvar® Ellipta® adalah kombinasi ubat sedut kortikosteroid/agonis-beta tindakan lama (ICS/LABA) pertama yang memberi keberkesanan 24 jam dengan menggunakan alat Ellipta® yang mudah digunakan.
Relvar® Ellipta® adalah kombinasi ubat sedut kortikosteroid (ICS), fluticasone furoate “FF”, dan agonis-beta tindakan lama (LABA), vilanterol “VI” (FF/VI) yang perlu diambil sekali sehari menggunakan Ellipta, alat sedut serbuk kering baru (DPI). Relvar disarankan untuk pesakit asma berumur 12 tahun dan ke atas yang tidak dapat mengawal penyakit dengan sewajarnya menggunakan ubat sedut kortikosteroid dan hanya menggunakan ubat sedut agonis β2 tindakan singkat “bila perlu”, disebabkan oleh perumusannya yang tahan lama, keberkesanan berterusan 24 jam yang membolehkan pesakit menggunakan alat sedut sekali sehari, pada masa yang menyenangkan bagi pesakit. Data menunjukkan bahawa keberkesanan dikekalkan tanpa ,mengira dos diambil pada waktu pagi atau malam.
Relvar® Ellipta® telah dibangunkan dengan mengambil kira keperluan pesakit dan kami berbangga memperkenalkannya kepada pesakit asma di Malaysia yang menghadapi kehidupan yang terganggu disebabkan oleh pengurusan penyakit asma yang tidak baik. Kajian menunjukkan bahawa lebih 50% pesakit kurang mematuhi rawatan kerana mereka rasa tidak selesa menggunakan alat sedut di khalayak ramai.
“Terdapatnya suatu keperluan untuk mempermudah rawatan dan dos bagi pesakit asma dengan matlamat untuk meningkatkan kadar pematuhan terhadap rawatan. Relvar® Ellipta® dengan reka bentuk inovatif yang mudah digunakan oleh pesakit, keberkesanan dan keselamatan yang terbukti adalah pilihan rawatan alternatif yang sangat diperlukan oleh pesakit dan juga pakar perubatan,” jelas Dr. Saikiran Leekha, Medical Affairs Director – Pharma & Vaccines, GSK Malaysia & Brunei.
Untuk maklumat lanjut, sila ke www.gsk.com.