Sesiapa yang gila gajet, Huawei Malaysia secara rasminya telah melancarkan Huawei Mate S.
Huawei Mate S yang hadir skrin paparan AMOLED berukuran 5.5-inci yang dilindungi dengan gelas keselamatan 2.5D daripada Corning iaitu Gorilla Glass 4.
Dari segi dalaman, Huawei mengekalkan pengunaan cip pemprosesan mereka yang sendiri iaitu Kirin 935 yang mempunyai kelajuan 2.2GHz, 3GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman. Sedikit mendukacitakan, Huawei Mate S ini tidak mempunyai teknologi skrin paparan ‘Force-Touch’.
Huawei Mate S hadir dengan kamera 13MP BSI Sensor dengan RGWB yang membantu pengumpulan cahaya dan turut disertakan dengan OIS yang mampu membetulkan pergerakan sehingga 1.2 darjah. Lensa kamera ini lengkap dengan gelas Sapphire sebagai perlindungan tambahan. Kamera ini juga mempunyai fungsi ‘profesional’ yang membolehkan anda mengawal kesemua tetapan sebelum mengambil gambar.
Bagi kamera hadapan pula, Mate S hadir dengan kamera 8MP f/2.4 yang turut hadir dengan lampu LED.
Huawei Mate S hadir dengan sistem operasi Android 5.1.1 yang disertakan dengan UI Huawei EMUI3.1, bateri berkapasiti 2,700mAh dan NFC.
Huawei Mate S kini sudah boleh didapati dari kesemua pengedar sah produk Huawei di Malaysia dengan harga runcit RM 2698. Huawei Mate S hanya akan ditawarkan didalam satu warna iaitu warna emas.