evian® mengumumkan kerjasamanya dengan Alexander Wang, pereka ternama yang berpangkalan di New York. 2015 menandakan tahun ke-sembilan evian® berganding dengan pereka fesyen untuk merekacipta botol edisi terhad.
Rekaan Wang menampilkan dua botol kontras dengan logo kod bar jenama, satu hitam dan satu putih. Ketulenan evian® digambarkan menerusi grafik yang kemas dan mainan jalur garisan yang menonjol pada botol.
Botol Edisi Terhad evian® ciptaan Alexander Wang boleh didapati dalam bentuk 75sl, dan ditawarkan untuk pembelian di pasar raya premium terpilih pada harga RM21.90 mulai bulan November 2015. Juga boleh didapati di hotel, restoran dan gedung runcit terpilih.
Sejak 2008, evian® telah bekerjasama setiap tahun dengan pereka paling berprestij di dunia untuk mencipta botol Edisi Terhad. Menerusi wawasan kreatif seniman seperti Paul Smith, Jean-Paul Gaultier, Issey Miyake atau Elie Saab, setiap kerjasama membawakan ketulenan dan kelincahan baru, satu interpretasi semangat evian®’ menerusi seni dan rekaan.