Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Cool! Sukan Ragbi Ulat Bulu Khusus Untuk Pemain OKU Beraksi

by Malisa Aina
October 30, 2015
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sukan ragbi sering dianggap sebagai permainan ganas dengan aksi tolak-menolak, terjah-menerjah malah jika tidak bernasib baik akan dihempap pemain lawan berbadan sasa. 

Namun satu pertandingan ragbi khas berjaya diadakan di sebuah gimnasium di pinggir ibu kota Jepun baru-baru ini, direka khusus untuk golongan pemain cacat anggota fizikal kekal atau orang kelainan upaya (OKU).

Dalam pertandingan tersebut, penonton bagaimanapun pasti tidak dapat membezakan siapakah antara kalangan pemain terdiri daripada golongan normal atau pun OKU kerana semuanya diikat berselubung dan baring di lantai.

Foto - blog.emojipedia.org

10 Emoji Cetus Kontroversi Paling Dahsyat!

October 30, 2019
Anggota polis menyiasat lokasi penemuan mayat lelaki yang dikerat beberapa bahagian dan dibungkus dalam lima plastik sampah di kawasan parkir rumah di Kampung Kesang Laut, dekat Tangkak, petang semalam. Foto -Shaifulazhar Misri

Ngeri Mayat Remaja Dikerat: Lelaki OKU Direman

November 8, 2016

Dipanggil sebagai ragbi ulat bulu, ia memastikan permainan sama adil – tidak kira sama ada pesertanya seorang yang kurang upaya atau sempurna tubuh anggota dengan melibatkan keseluruhan 30 pemain turun beraksi.

Menurut media tempatan, pakaian getah yang digunakan pemain pula memastikan para peserta terlibat tidak mengalami cedera dan sukan unik ini asalnya dicipta oleh Tomohiro Sawada dari Pertubuhan Sukan Yuru.

IKLAN

Bentuk pakaian tersebut seumpama tiub tersebut dihasilkan oleh Yumi Sada, seorang pereka wanita terkenal dalam arena fesyen OKU di negara ‘matahari terbit’ itu berasaskan kepada pergerakan lazim seekor ulat bulu.

Buat permulaan setiap pasukan diwakili oleh lima pemain dan mereka bertarung dalam kawasan berkeluasan separuh daripada saiz gelanggang bola keranjang dengan menggunakan ‘kudrat’ tangan sendiri untuk bergerak.

Setakat ini, peraturan permainan ragbi ulat bulu itu masih belum muktamad lagi, namun ia dijangka memberi peluang kepada OKU menikmati sukan tersebut dalam cara unik tersendiri.

[SUMBER]

Tags: okuorang kurang upayapemain okuragbiragbi ulat bulusukan ragbi
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.