Coklat. Makanan paling digemari di seluruh dunia. Kitkat, nutella, mars, semuanya jadi kegemaran ramai. Bukan sahaja sedap, coklat juga dikatakan dapat menjadikan anda ceria bila memakannya.
Bahkan ada juga yang memakan coklat hanya untuk menghilangkan rasa sedih dan stress. Bila stress, kita akan makan coklat. Bila rasa mengantuk, kita makan coklat. Bila rasa lemah, kita makan coklat. Bila lapar, kita makan coklat sebagai alas perut.
Tapi, tahukan anda berapa kalori yang dimasukkan ke dalam badan anda selepas memakan coklat? 100? 200? Nombor itu mungkin tidak memberikan kesan kerana kita tidak nampak bagaimana hendak membuangnya.
Namun, sekiranya ditafsirkan berapa jauh yang anda perlu lari untuk menghilangkan kalori-kalori tersebut, mungkin anda akan terasa terkejut.
Dah lihat? Terkejut? Apapun yang anda makan, sentiasa amalkan minum air masak dan sentiasa bersenam untuk kekal sihat.