Tahukah anda bahawa kita hanya perlu mengenal pasti bentuk segitiga kecil yang terbentuk diatas permukaan kulit untuk mengenal pasti tahap umur dan kesihatannya?
Merujuk kepada Jusnal Antarabangsa Sains Kosmetik, satu analisis telah berjaya mengenal pasti bahawa, semakin berumur kulit berkenaan, semakin besar bentuk segitiga yang terbentuk diatas permukaan kulit. Ini bermaksud, kulit yang muda dan sihat mempunyai permukaan kulit rata yang terbentuuk oleh segitiga-segitiga yang kecil.
Oleh ini, kosmetik penjagaan kulit wajah yang berasaskan air ini adalah jawapan terbaik untuk rangkaian penjagaan kulit wajah yang sensitif, kering dan kusam.
Seperti wajah Laneige sendiri, Song Hye Kyo, model dan selebriti terkenal Korea ini telah dipilih berdasarkan perwatakannya yang feminin dan wajahnya yang sempurna walau tanpa calitan make-up sekali pun. Beliau juga mengakui bahawa kulitnya sentiasa kering terutama dibahagian pipi dan rahsia untuk memulih kulitnya adalah menggunakan Laneige.
Baru-baru ini, Laneige menambah-baik rangkaian produknya dengan formulasi baharu khas untuk mengembalikan keremajaan kulit seperti kulit ketika di awal usia 20-an, dengan bertujuan untuk mencipta semula tekstur bentuk segitiga kecil pada permukaan kulit. Membantu memperbaiki sekaligus mencegah masalah penuaan seperti kekeringan, kekusaman, kekasaran, malah kedutan.
Kesemua elemen pembaik-pulihan telah disatukan di dalam rangkaian Keseluruhan Anti-Penuaan Premium yang dirumus semula dengan Skin Rebirth ™ dan Advanced Ceramide Water Technology.
Dengan kolaborasi pengkajian antara Pusat Teknologi AMOREPACIFIC dan A*STAR di Singapura, sejenis gen yang diberi nama PYCR1 telah ditemui. Gen ini mampu menghalang dan melambatkan proses penuaan sel kulit secara langsung.
Sehubungan dengan penemuan baharu itu, Skin Rebirth merupakan teknologi eksklusif yang diguna-pakai oleh Laneige bagi mengembalikan keremajaan kulit seperti tekstur kulit bayi yang lembut dan mulus.
Antara rumusan bahan yang tekandung dalam teknolgi ini adalah Galangia, iaitu sejenis flavonoid yang telah di ekstrak daripada halia yang digelar Galangal. Ia berfungsi untuk memelihara kulit dari bermacam jenis faktor penuaan kulit termasuk habuk dan debu, pancaran UV, asap, pencemaran udara, diet yang tidak stabil serta tekanan. Galangin berkuasa untuk mencegah penuaan radikal.
Manakala, Advanced Ceramide Water Technology pula memikul tanggungjawab untuk memberi keanjalan dan kelembapan kepada kulit dengan mengunci sel kulit bersama agar tersusun dan dalam masa yang sama membentuk lapisan pelindung yang akan memontokan kulit agar bisa mengekalkan kelembapan wajah.
Perkenalkan, rangkaian terbaharu yang diperkaya dengan formulasi dan teknologi bernas untuk mengekalkan kelembapan dan keremajaan kulit wajah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.laneige.com.my