Hong Kong adalah sebuah bandar maju yang terletak di daerah republik China. Hong Kong adalah sebuah kota yang amat terkenal terkenal dengan bangunan pencakar langit, cahaya neon dan pelabuhan semula jadi yang dalam.
Bila lagi kita hendak ke sana? Baru-baru ini, dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Hong Kong, penyampai radio dan pengacara televisyen terkemuka tanah air iaitu Hunny Madu bersama chef selebriti Anis Nabilah sempat berkunjung ke bumi berkenaan untuk mengalami sendiri pengalaman keemasan berada di Hong Kong, melancong sambil mempelajari budaya dan warisan disana.
Hong Kong menjadi antara destinasi pelancongan yang digilai warga Malaysia. Khas buat pelancong Muslim, apa yang anda perlu tahu, Hong Kong juga seperti Malaysia, kaya dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya.
Oleh itu, jika anda ke sana, seperti Hunny dan Anis sendiri, terdapat banyak pilihan makanan halal umumnya sesuai untuk para pengembara Muslim termasuk pilihan gedung membeli-belah, tarikan ikon dan kesenian serta tempat makan luar biasa yang pasti menggugat jiwa anda.
Jom, Hong Kong! adalah sebuah rancangan pengembaraan realiti yang diacarakan oleh Hunny dan Anis merantau keseluruh pelusuk Hong Kong bagi membongkar kesemua tarikan dan keistimewaan yang terdapat di sana. Ia merupakan sebuah siri episod web yang anda boleh tonton bagi melihat sendiri pengalaman makan angin Hunny bersama rakannya Anis sewaktu disana.
Hunny yang merupakan peminat tegar fesyen berkata, “Hong Kong merupakan syurga busana yang begitu masyhur. Terdapat pelbagai pilihan fesyen yang menarik dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Anda pasti rambang mata”, tambahnya.
Mengulas lanjut, “Anis dan saya berseronok mencuba pelbagai jenis tudung yang bukan sahaja cantik, malah begitu terperinci rekaannya dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.”
Ramai pelancong dan penduduk tempatan berduyun-duyun berkunjung ke kedai-kedai menarik daerah Tsim Sha Tsui, Causeway Bay dan Stanley Market yang menawarkan pelbagai jenis pakaian kasual, koleksi pakaian sutera yang boleh dibasuh serta barangan cenderahati dalam kadar harga berpatutan.
Anda wajib tonton Jom, Hong Kong! episod yang ketiga dimana Anis dan Hunny sama-sama menyahut cabaran untuk bertutur dalam bahasa Kantonis sewaktu melakukan aktiviti jual-beli. Yang lebih menarik, anda juga akan diajar mengenai tips untuk membuat tawaran sewaktu berada di Hong Kong. Ya, jika anda tahu menawar, pastinya lebih seronok untuk membeli-belah.
Untuk tonton siri episod web Jom, Hong Kong! Sila layari www.discoverhongkong.com