Perut lapar, tapi tak tahu nak makan apa? Apa kata anda berkunjung ke restoran Tony Roma’s yang terkenal dengan hidangan tulang rusuk dan stik ala barat! Bukan sahaja untuk makan tengah hari atau makan malam, malah juga sesuai untuk mengadakan majlis keraian kecil-kecilan khas untuk orang yang tersayang.
Suasana dan hiasan dalaman restoran yang selesa dan nyaman cukup untuk menjadikan detik makan anda menjadi paling berharga. Sehubungan itu, Tony Roma’s menawarkan promosi terhebat bagi meraikan ulang tahun ke- 10 mereka disamping menghargai kesejatian anda terhadap khidmat dan hidangan mereka sebagai tanda terima kasih diatas sokongan dan kepercayaan anda selama keberadaannya di tanah air.
Tony Roma’s bukan sahaja akan menghidangkan anda dengan makanan yang serba-serbi enak, malah juga menawarkan promosi istimewa sepanjang tahun!
Kini, anda dan pasangan tak perlu runsing jika membawa orang ketiga bersama untuk menikmati makan tengah hari di Tony Roma’s. Hidangan ketiga adalah percuma. Ya! Percuma! bagi setiap pembelian 2 hidangan utama. Ini bagaikan bonus melihatkan Tony Roma’s adalah tempat yang terbaik untuk anda meluangkan masa bersama rakan dan keluarga. Namun, promosi Early Diners: Beli 2 Percuma 1 ini hanyalah untuk tempoh masa yang terhad.
Jadi, apa tunggu lagi! Cepat ajak rakan dan keluarga anda untuk datang ke mana-mana restoran Tony Roma’s sekitar Lembah Klang pada bila-bila masa termasuk hari cuti umum, dari jam 10am – 12pm untuk dapatkan tawaran terbaik.
Khas buat anda yang terkejar-kejar menguruskan tugasan harian sehingga membuatkan perut anda berkeronsong, ini dia promosi Tony’s Timeout yang ditawarkan kepada para pelanggan bermula jam 3pm-6pm, setiap hari pada hari bekerja kecuali hari cuti umum.
Tony’s Timeout menawarkan menu terdiri lebih 12 jenis hidangan mengiurkan pada harga RM10.49 sahaja setiap satu termasuk tiga (3) menu hidangan baharu iaitu White Barbeque Chicken, Roasted Chicken dan Chicken Caprese Pasta berserta hidangan utama lain seperti BBQ 1/4 Chicken, Fish & Fries, Chicken Tenderloin Platter, Tony’s Asian Salad with Grilled Chicken dan banyak lagi. Sudah pasti ianya lebih murah daripada harga makan tengah hari anda di mamak!
Hidangan promosi Ribs, Seafood & Steak pula adalah serendah RM41.23. Manakala untuk hidangan makan malam, terdapat promosi Set Dinner di beberapa cawangan Tony Roma’s yang terpilih merangkumi Citta Mall, Nu Sentral dan Setia City Mall bermula pada harga RM67.73. Setiap set hadir bersama sup istimewa harian dan minuman yang ditetapkan -Fruity Breeze. Sebagai tambahan kepada Set Dinner, anda boleh memesan hidangan pencuci mulut mini, hanya pada harga RM6.25.
Bagi pelanggan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun, mereka layak untuk mendapatkan hidangan secara percuma bagi setiap seorang pelanggan dewasa. Kanak-kanak boleh memilih mana-mana seleksi hidangan daripada menu kanak-kanak. Promosi Kids Eat For Free ini juga memberi pencuci mulut secara percuma untuk si cilik anda nikmati.
Seronoklah para ibu bapa untuk membawa anak mereka makan di Tony Roma’s selepas ini! Promosi adalah tertakluk kepada keluarga yang makan di restoran sahaja, dan terhad untuk dua orang kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah.
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Tony Roma’s, sila layari www.tonyromas.com.my
Facebook: Tony Roma’s Malaysia
Twitter: TRMalaysia1
Instagram: TRMalaysia