Deepavali secara amnya dikenali sebagai pesta cahaya. Sambutannya bukanlah hanya dirayakan oleh kaum India semata, malah berjuta orang di seluruh dunia turut sama menyertai festival cahaya yang meriah.
Oleh itu, melihatkan perayaan berkenaan yang semakin hampir, jenama teh yang terunggul dan mewah di dunia, TWG Tea gigih mencipta keluaran baharu selari dengan tema Deepavali itu sendiri – Koleksi Oud Night yang sesungguhnya amat sesuai untuk dipersembahkan pada perayaan seumpamanya tahun ini.
Terdapat dua produk khas yang mewakili koleksi Oud Night termasuk lilin beraroma serta rangkaian teh digelar Oud Night Haute Couture Tea yang begitu eksklusif.
Lilin merupakan komponen penting bagi sambutan Deepavali, jadi tidak hairanlah jika TWG Tea begitu peka dalam menghasilkan koleksi lilin beraroma yang cukup sempurna kerana perbuatan membakar lilin itu sendiri merujuk kepada simbol sebuah pemikiran yang terang.
Tampak mewah, para tetamu pastinya terpukau dengan bauan aroma memikat yang lahir daripada nyalaan lilin Oud Night Tea Scented Candle.
Setelah menghidu bauan yang menenangkan, secangkir teh yang kaya dengan rasa unik teh hitam pula dihidangkan. Sisipan pertama sudah cukup untuk mengambarkan keajaiban yang membawakan anda ke alam mempersona.
Komited menghasilkan teh yang datang dari sumber asli alam semula jadi, tiap-tiap satu koleksi yang dilancarkan TWG Tea mempunyai nilai estetika tersendiri.
Empayar yang kian berkembang ini kemudiannya bakal memonopoli keluaran teh dunia setanding dengan cita rasa masyarakat peminum teh yang hanya dahagakan rasa teh berkualiti.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.twgtea.com