Pengalaman Terunggul AXN menjanjikan kesemuanya. Dari pelbagai permainan yang mengasyikkan, hadiah-hadiah menarik ke persembahan bertenaga yang dibawakan oleh bintang terkemuka Altimet dan Sezairi, ternyata beribu-ribu pengunjung yang membanjiri Sunway Pyramid telah memeriahkan acara tersebut.
AXN telah menjemput penonton untuk mengunjung zon-zon bertema daripada siri-siri yang disiarkan dalam saluran ini. Pengalaman Terunggul AXN telah membawa para peminat menyelami dunia mengasyikkan yang berhubung kait dengan visi dan wajah baru AXN.
Setelah memasuki kawasan pameran, pengunjung dan peminat-peminat dengan segeranya telah menyelami dalam drama bersiri popular AXN seperti The Voice, Quantico, CSI Cyber dan The Blacklist.
Altimet tampil menghangatkan suasana hari pertama dengan persembahan lagu-lagu hits beliau, seperti ‘Syukur’, ‘Kotarayaku’, ‘Aku Tahu dan ‘Kalau Aku Kaya’. Selepas persembahannya, beliau sibuk berinteraksi seperti ‘berselfie’ dan menandatangani autograf untuk peminat-peminatnya.
Kepada yang mengambil bahagian dalam Pengalaman Terunggul AXN selama dua hari yang padat dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan itu, pastinya mereka telah menikmati satu hujung minggu yang hebat dan pulang dengan seribu satu kenangan. Peserta-peserta bertuah turut membawa pulang dengan hadiah-hadiah dan pelbagai cenderahati menarik daripada AXN dan rakan-rakannya.
Sila layari laman Facebook kami untuk lebih banyak paparan gambar daripada Pengalaman Terunggul AXN.