Di China, lelaki melamar teman wanita dengan lampin bayi. Lain pula terjadi untuk pasangan dari California ini, mereka tidak memerlukan emas permata untuk jadi bukti kisah cinta mereka, cukup hanya dengan gigi.
Carlee Leifkes dan Lucas Unger telah bertunang pada hari Halloween lalu dan cincin yang diberikan kepada Carlee ternyata menarik perhatian semua orang.
Pada hari bersejarah itu, Lucas melamar Carlee dan memberikan wanita itu sebentuk cincin yang diperbuat daripada gigi bongsunya.
“Bila kami bincang mengenainya, kami berasakan cincin berlian terlalu membosankan. Dia tidak memerlukan berlian untuk membuktikan cintanya. Dia telah tunjukkannya dengan berpindah dari Kanada untuk bersama dengan saya,” kata Carlee.
Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengikut cara tradisional dalam berpasangan dan mengapa perlu memulakannya. Cincin bertakhtakan gigi itu diberikan di hadapan keluarga dan sanak-saudara ketika mereka sedang meraikan pesta Halloween baru-baru ini.
[SUMBER]