Setiap orang dengan berat badan berlebihan pasti punya pemikiran sebegini, “aku tahu tubuhku besar, jadi kamu tidak perlu memberitahu lagi dengan cara yang menyakitkan”. Benar? Dan paling menyakitkan hati jika individu asing mengatakan perkara yang sama ditempat umum. Stress! Untuk pengetahuan anda, hal ini dialami oleh model berbadan besar (plus-size), Rosie Mercado.
Rosie masih teringat saat seorang pramugari berkata, “anda tidak akan muat duduk di satu kerusi, mohon bayar untuk satu lagi kerusi”. Ayat menyakitkan hati yang didengarnya pada Jun 2011 kerana berat badan yang berlebihan, iaitu 185 kg.
Berat badan berlebihan itu disebabkan kebiasaan makan makanan ringan dan makanan tidak sihat untuk lari dari tekanan. Kebiasaannya itu semakin memburuk ketika kehamilan dan penceraian.
Meskipun kerajaya Rosie di dunia peragaan membanggakan, kerap memenangi pertandingan kecantikan serta membintangi siri TV tetapi dia masih berasa tidak selesa dengan saiz tubuhnya. Sejak insiden di pesawat, Rosie mula mendaftarkan diri mengikuti kelas penurunan berat badan. Tidak lagi makan makanan ringan dan beralih pada makanan yang mengandungi banyak protein, sayur dan buah. Malah giat bersukan. Sehingga kini, Rosie hadirkan diri 6 kali seminggu dan melakukan senaman 1 jam sehari.
Ternyata usahanya membuahkan hasil. Kini berat badannya adalah 91 kg, berjaya menurunkan saiz baju daripada 34 ke 16 atau 18. Tinggal 10 kg lagi dari berat badan yang ia disasarkan, iaitu 81 kg dengan saiz baju 14.
“Aku sangat bahagia. Kini aku menjalani hidup dengan lebih baik dan lebih menghargai setiap detik-detik. Aku sudah membuktikan, jika kamu mengikuti kata hati, impianmu akan menjadi kenyataan,” jelasnya.
[SUMBER]