Diwali atau lebih dikenali sebagai Deepavali adalah perayaan cahaya yang diraikan oleh mereka yang beragama Hindu.
Sebagai sebahagian daripada tradisi yang lama bertahan, penganut Hindu memulakan hari mereka dengan melakukan upacara mandi minyak pada awal pagi dan mengenakan pakaian tradisional baharu dan berwarna-warni untuk meraikan kedatangan perayaan cahaya, diikuti dengan upacara sembahyang.
Seperti perayaan-perayaan lain di Malaysia, Diwali adalah masa untuk keluarga dan sahabat andai menziarahi antara satu sama lain bagi merayakan kebaikan daripada kejahatan serta bertukar-tukar hadiah, manisan dan ucapan.
Sari, iaitu pakaian tradisi bagi wanita India di serata dunia sering dipakai semasa Diwali. Ia adalah bukti di mana budaya mengatasi fesyen yang berjaya kekal sejak zaman berzaman. Disukai kerana corak dan fabriknya, sari terdapat dalam pelbagai warna, rekaan, gaya dan corak yang abadi dan elegan. Tidak hairanlah jika perniagaan sari terus berkembang sehingga kini.
Kombinasi dengan sempadan dikatakan gaya sari digemari ramai untuk tahun ini.
Menurut Cik Jessy Aulikh dari Libaas (M) Sdn Bhd di Plaza City One, trend sari terus menerus berubah setiap dua bulan. Tahun ini, trendnya sungguh berwarna-warni dengan sempadan lebar dengan corak geometri atau abstrak berasal dari wilayah Banaras dan Rajasthan di India.
Penggunaan warna-warna asas India yang digunakan secara bijak menjadi trend warna moden yang boleh menonjolkan sentuhan etnik di rumah anda. Kombinasi warnanya hendaklah saling melengkapi hiasan rumah anda dan mewujudkan kesan eklektik.
Hiaskan seluruh dinding ciri dengan corak budaya India. Pusat tarikan khusus boleh dihias semula kesemuanya untuk mendapatkan penampilan terbaik yang anda idamkan.
Apapun, lebih baik gunakan warna kontras supaya corak lebih menonjol. Untuk memastikan ketahanannya, pilih sesuatu yang menggambarkan personaliti dan gaya hidup anda.
Cantikkan dinding anda bagi perayaan cahaya ini. Dulux mengucapkan Selamat Menyambut Hari Dewali kepada semua pembaca dan semoga perayaan cahaya ini memberi keceriaan dan kebahagiaan dalam hidup anda.
Dulux mempunyai lebih daripada 2,000 warna untuk anda mengubah kediaman anda dan mengukir suasana paling indah dan berinspirasi yang anda idamkan untuk Diwali kali ini. Untuk maklumat lanjut tentang trend warna dan inspirasi imej bilik, layari laman web Dulux di http://www.dulux.com.my.