Tulang merupakan tunjang utama yang penting untuk pergerakan badan manusia. Oleh itu, tersangatlah penting untuk kita semua sedar bahawa tulang juga memerlukan makanan yang berkhasiat bagi membina kekuatan dan kekukuhannya.
Produk tenusu Anlene terkenal dengan sifatnya yang mesra dalam membekalkan tenaga dan kekuatan kepada tulang selain bisa membantu menyalurkan zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh.
Baru-baru ini, Anlene melancarkan aplikasi AnleneMOVE untuk bantu masyarakat lebih peka dan lebih bermotivasi melakukan senaman selari dengan matlamat utama jenama itu bagi mempromosikan gaya hidup sihat kedalam kehidupan sehari-hari anda.
Dicipta dengan gabungan kepakaran para profesional yang sememangnya arif dalam kesihatan, aplikasi berkenaan menyatukan teknologi dengan ciri sikologi yang pada akhirnya akan memberi motivasi kepada si pengguna yang benar-benar memerlukan jurulatih supaya dapat membimbing mereka kearah hidup sihat yang lebih harmoni.
Seorang pengarang dan pengetua Neurothinking, Dr Peter Steidi berkata, “Aplikasi TheAnleneMOVE direka berdasarkan sifat dan tabiat manusia kerana seseorang berupaya terpengaruh dan mendapat manfaat jika dia berjaya melakukan tabiat yang berguna.”
“Sebagai contoh, dengan mengamalkan rutin yang dicadangkan TheAnleneMOVE dalam jangka masa kitaran selama 21 hari, ini pasti berupaya membentuk tabiat dan motivasi kepada si pengamal. Aplikasi ini membantu rakyat Malaysia mengamalkan tabiat yang baik demi menuju ke arah kehidupan yang lebih aktif dan sihat. Lebih menarik, jika pengguna berjaya melakukan atau menghabiskan satu-satu cabaran yang dicadangkan oleh Aplikasi, mereka bakal diberi ganjaran hebat,” tambah beliau.
Melihatkan keadaan masyarakat masa kini yang sibuk melakukan pekerjaan harian tanpa memberi perhatian yang secukupnya mengenai kesihatan tubuh badan mereka, kumpulan Anlene berasa terpanggil untuk menguar-uarkan perihal ilmu dan tanggungjawab yang sepatutnya mereka semai untuk kebaikan diri mereka sendiri.
Walaupun dengan hanya berjalan kaki, ia sudah cukup untuk membekalkan kebaikan kepadsa tubuh badan. Dengan dunia yang serba moden, ciri mobiliti harus diterapkan agar selari dengan gaya hidup alaf 21. Anda harus mula bergerak sekarang, sebelum segalanya terlambat.
AnleneMOVE sememangnya medium yang terbaik untuk memberi keyakinan serta bimbingan secara maya khas buat mereka yang menghadapi kekangan masa. Anlene sentiasa mengesyorkan untuk rakyat Malaysia memulakan berubahan ringkas seperti diet seimbang serta cara hidup mereka.
Servis muat-turun aplikasi AnleneMove adalah percuma untuk pengguna Android dan Apple. Ayuh lakukan perubahan sekarang!
Untuk maklumat lanjut, sila layari, www.anlene.com.my