Ibu menawan kepada adik beradik Kardashians dan Jenner, Kris Jenner baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke -60 pada 5 November yang lepas.
Apabila merenung ke wajahnya, langsung tidak menggambarkan bahawa dia sudah pun mencapai umur warga emas. Apa rahsia beliau agaknya ya?
Tetapi pokok pangkalnya bukan itu yang ingin Wanista kongsikan disini, Kris mempunyai kehidupan yang serba-serbi sempurna (kecuali keadaan bekas suaminya Bruce atau kini “Caitlyn Jenner” yang telah bertukar jantina), selain itu anak-anaknya juga turut mewarisi kecantikannya.
Ya! dirinya yang mudah didekati dan sifatnya yang penyayang itu membuatkan dirinya juga turut disayangi dan disenangi ramai pihak.
Dengan kebijaksanaan serta kerjasama yang disemai oleh lima orang anak perempuanya itu, Kourtney, Kim, Khloe, Kendall dan Kylie, mereka sama-sama membuat rakaman video musikal khas yang membawa kembali memori tatkala ibunya menyanyikan lagu yang sama dengan tujuan memberi penghargaan kepada rakan dan kenalan rapat yang beliau sayangi.
Lagu itu dinyanyikan semula oleh lima beradik sebagai hadiah dan apresiasi istimewa kepada ibunya, mirip rakaman dan nyanyian Kris 30 tahun lalu.
Sungguh mengujakan serta mengamit memori, sudah tentu wanita-wanita cantik ini begitu kreatif memperlihatkan bakat lakonan dan nyanyian masing-masing. Saling tak tumpah seperti Kris Jenner!
Video tersebut yang berdurasi selama lebih kurang 8 minit telah dimuat naik Sabtu lepas melalui saluran rasmi Jenner di Youtube. Lagu itu sebenarnya adalah nyanyian klasik asal Randy Newman yang berjudul “I Love L.A” tetapi terdapat beberapa bait-bait lirik yang ditukar kepada nama jenama mewah seperti Nobu, Givenchy, dan Baverly Hills Hotel adalah gerangan yang tidak asing lagi untuk dikaitkan dengan keluarga Kardashian itu.
Video dimulakan dengan rakaman diri Kris sendiri yang kononnya sedang berlari diatas “threadmill” sambil menyanyikan lagu berkenaan dengan ceria merujuk kembali pada zaman kegemilangannya dalam tahun 1985. Setelah itu, rakaman baharu tahun 2015 diselitkan bagi melengkapi video muzik berkenaan dengan alunan lagu yang sama dinyanyikan oleh Kourtney, Kim, Khloe, Kendall dan Kylie serta bebrapa muka selebriti terkemuka seperti Justin Bieber, Katy Perry, Kanye West yang menyebut ungkapan ikon “She loves you!”.
Lebih melucukan, video berkenaan diakhiri dengan ungkapan ringkas oleh bekas suaminya yang kini dikenali sebagai Caitlyn Jenner, yang sedang mandi buih dan ditemani sebotol champagne mengambarkan kehidupan wanita baharunya yang mmm…
Tiada makna jika ulang tahun kelahiran disambut tanpa sebarang parti, betul tak? Dengar khabar keluarga mewah ini mengadakan parti bertemakan Gatsby, ala bangsawan Amerika tahun 1920-an untuk meraikan umur baru Kris Jenner itu. Nak tahu betul ke tidak, jom intai sikit!
Bukan main lagi, menantu kesayangannya Kanye West menyampaikan lagu “Happy Birthday” khas buat dirinya.
Keadaan ruang dewan yang cukup mempersonakan, bertuah betul si Kris Jenner ni ya?
Kalau dah nama keluarga seni, menyanyi ajalah…
Rakan-rakan yang sentiasa menjadi penguat kepada Kris!
Happy Birthday Kris Jenner!