Selama 60 tahun, produk ikonik untuk kecantikan wajah Clarins telah sekian lama memonopli empayar sebagai jenama penjagaan kulit yang mewah sekitar Eropah. Produk yang dicipta dan diolah khas dengan kebijaksanaan para pengkaji Clarins yang setiasa komited, berani dan berdaya saing sering menyatukan penemuan baharu demi meningkatkan kualiti kesempurnaan produk berkenaan.
Bercita-cita untuk menjadi perintis dalam suatu pendekatan untuk mencipta dan mengembalikan kecantikan serta kesegaran kulit menggunakan ilham yang menarik inspirasi daripada kajian tumbuh-tumbuhan, pemerhatian alam semula jadi dan pendapat orang ramai, ini dia Clarins sedia menawarkan kejutan rahsia kecantikan untuk kaum wanita serta lelaki di seluruh dunia.
“Bagi Clarins, dunia tumbuhan adalah sumber inspirasi yang akan berkekalan selamanya”, jelas Dr Oliver Courtin-Clarins. Dengan penggabungan debunga dan tumbuhan berlainan species, ia adalah sebuah bidang sains yang lahir daripada setiap proses inovasi. 100% estrak minyak telah dicipta pada tahun 1954, kemudian botol-botol berharga yang mengandungi “emas tumbuhan” yang asli inilah yang merupakan produk pertama bagi Clarins. Semenjak itu, tumbuhan adalah merupakan rakan dan sumber utama kepada setiap produk yang dilahirkan Clarins. Sesungguhnya seperti yang kita semua tahu, tumbuhan kaya dengan pelbagai manfaat berguna kepada kulit manusia.
Para ‘etnobotani’ Clarins bertungkus-lumus mengembara ke serata dunia bagi mendapatkan spesis dan baka tumbuhan yang terbaik serta berkhasiat, mengkaji keberkesanan kegunaan secara tradisionalnya, memaksa para pengkaji mencari sifat baik tumbuhan yang tersembunyi selama ini untuk disertakan bersama dalam setiap titisan produk Clarins.
Setiap kajian dilakukan secara terperinci oleh yang pakar sahaja, termasuklah setiap bahagian tumbuhan dari akar, pucuk, daun, bunga, benih dan buahnya. Cara pengekstrakan dilakukan dengan begitu teliti bagi mengekstrak prinsip aktif yang terkandung dalam sumber agar mencapai tahap kepekatan yang optimum dengan menggunakan teknologi serba canggih.
Sehingga kini, terdapat lebih dari 250 jenis zat tumbuhan yang terkandung dalam formula bagi setiap produk Clarins.
Terdapat tiga produk perintis yang dihasilkan 100% menggunakan gabungan saintifik antara tumbuh-tumbuhan dan sains iaitu, Shaping Facial Lift, Double Serum dan Face & Body Treatment.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.clarins.com.my