Untuk anda yang gemarkan hidangan pedas berapi, cubalah datang ke Kenny Rogers Roasters. Kenny Rogers memperkenalkan hidangan ayam terbaharu mereka yang disaluti kuah enak yang rasanya buat anda berpeluh-peluh!
Rasa sedap dan pedas dalam masa yang sama? Sudah tentu ini adalah kombo yang begitu menyelerakan untuk orang Asia, terutamanya Malaysia. Kalau boleh makan sambal tumis cili padi, sudah tentu anda boleh menghabiskan hidangan Fiery Fiest ini sampai licin.
Adakah anda cukup berani untuk mencuba hidangan pedas ini?
Resepi yang terkini daripada kenny Rogers ini turut dihidangkan bersama Country-style Chicken Soup dan Seseme Penne Pasta. Yummm… Dengar nama pun dah tahu sedap kan?
Pasta dihiasi dengan taburan bijan sememangnya bantu untuk menaikan selera anda, sup ayam yang berkrim pula memberi satu rasa yang tiada tandingan.
Ayam dimasak dengan api perlahan agar setiap inci bahagiannya dipanggang dengan cukup sempurna, diperap pula dengan rempah-ratus asli serta kuah BBQ penas penuh perisa, kesemuanya menggabungkan rasa unik dalam sebuah pinggan.
Hidangan Hot Fiery Feast ini mempunyai tiga (3) pilihan utama termasuk Chicken & Pasta Meal, Spicy Chicken & Pasta Lite Meal dan Seseme Penne Pasta meal yang bermula daripada RM17.90 dan keatas.
Hidangan ini khabarnya disertakan sebagai hidangan baharu dalam menu restoran ayam panggang terkemuka tanah air itu agar dapat memenuhi selera para pelanggan yang menyukai makanan pedas.
Berkhasiat seperti yang dicanang dalam kebanyakan iklan komersial Kenny Rogers, “Kami memilih Country-style Chicken Soup dan Sesame Penne Pasta sebagai menu sampingan untuk dinikmati bersama Spicy Chicken agar dapat menyeimbangi rasa serta membekalkan vitamin dan kandungan mineral baik untuk badan. Ia adalah sebuah hidangan yang sihat dan mesra-kalori”, jelas Christina Thong, Pengurus Pemasaran Berjaya ROASTERS (M) Sdn. Bhd.
Selain itu, pelanggan hanya perlu tambah RM1.99 untuk menikmati muffin kegemaran ramai Kenny Rogers atau mana-mana menu hidangan sampingan. Hanya terhad kepada tiga (3 add-ons) untuk satu set hidangan.
Sebarang perubahan harga semasa dan kuantiti adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Harga berlainan ditawarkan di cawangan Genting Highlands, KLIA2, Little Red Cube dan Jetty Point, Langkawi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.krr.com.my, atau lawat laman Facebook rasmi Kenny Rogers Roasters Malaysia www.facebook.com/krrmalaysia.