Jika anda tidak kenal siapa Ronald McDonald, masa kecil anda mungkin tidak seindah yang disangkakan. Ya! Badut berambut merah yang menjadi igauan setiap kanak-kanak telah mengenalinya sebagai ikon restoran makanan segera itu. Kini di Malaysia sahaja, terdapat lebih 250 rangkaian McDonalds seluruh Malaysia yang menyediakan hidangan kepada hampir 13 Juta pelanggan dalam setiap sebulan.
Menariknya, restoran yang mempunyai simbol tarikan “M” berwarna kuning itu tidak pernah gagal untuk meletakan kualiti terbaik keatas setiap hidangan dan makanan yang dijualnya.
Boleh dikatakan setiap hidangan yang dimasak adalah sempurna, rasanya di mana-mana cawangan pun sama sahaja. Bukan setakat hujung minggu, malah hari bekerja biasa pun restoran makanan segera ini dibanjiri orang ramai yang berpusu-pusu ingin membeli set hidangan yang menyelerakan, lagi mengenyangkan dalam harga yang semua orang mampu. Jadi, apa rahsia McDonald ini sebenarnya?
Tanpa pengetahuan anda…
#1 Memesan Kentang Goreng Tanpa Garam Adalah Sesuatu Yang Dibenci Oleh Pekerja McDonald
Mungkin ia kedengaran agak mudah untuk anda, tetapi bagi pekerja McDonald sendiri, jika anda memesan “fries” tanpa garam, ia adalah sesuatu yang menguji kesabaran. Ini kerana, mereka perlu menggoreng semula kentang goreng yang baru khas untuk anda. Kesemua peralatan untuk menyediakan kentang goreng juga harus dicuci dengan bersih supaya tiada sisa garam yang melekat atau tertinggal padanya. Jadi jika anda memesan kentang goreng tanpa garam, konon-kononnya nak diet… Ha, silalah sabar menunggu.
#2 Hanya Menyediakan Kentang Goreng Yang Segar Dan Hangat
Dijamin! Kentang goreng yang anda beli itu adalah segar dan baru sahaja keluar dari mesin gorengan. Sebab itulah teksturnya ranggup! Sedapnya…
#3 Agak Sukar Untuk Menyediakan Fillet-O-Fish Mengikut Kehendak Dan Cita Rasa Anda
Diatas permintaan Fillet-O-Fish yang tidak banyak, hidangan berkenaan hanya akan disediakan apabila ada permintaan atau pesanan yang dibuat. Filet akan hanya akan digoreng ketika perlu untuk mengelakan pembaziran berlaku. Jadi, dalam keadaan dapur McDonald yang kelam kabut itu, menyiapkan hidangan dalam kadar segera adalah suatu penyeksaan. Jangan terlalu mengharap agar permintaan istimewa mengikut cita rasa anda itu dapat dipenuhi dengan sempurna ya. Nak cepat!
#4 Happy Meals Adalah Antara Hidangan Yang Skar Untuk Dibungkus
Nampak macam senang untuk hanya membungkus hidangan set Happy Meal yang dimuatkan dalam sebuah kotak comel. Hakikatnya? TIDAK SAMA SEKALI. Susah tahu! Ini kerana Terlalu banyak pilihan untuk hidangan Happy Meal, sudah tentu pening kepala untuk membungkus set Happy Meal. Contohnya, jika pelanggan mahukan McNuggets, adakah mereka mahukan sos juga? Anda nak fries atau Apple Pie? Anda nak jus, soda ataupun Milo? Anda mahukan permainan untuk perempuan atau lelaki? Mengah! Lepas tu kena masukkan semuanya ke dalam kotak khas mengikut tema bulanan. Amacam pekerja McDonald? Mesti anda sesak nafas kan?
#5 Servis Pandu-Lalu Adalah Yang Paling Utama
Ha ha ha… Disinilah banyak drama pergaduhan yang berlaku. Antara pelanggan dan si penjaga tingkap. Hanya pekerja McDonald sahaja yang dapat memahami situasi ini dengan setulus hati, keadaan hingar-bingar di dapur sudah cukup memberi tekanan kepada mereka yang ingin lekas menyiapkan pesanan anda.
Jadi kadang-kala dengan tidak sengaja mereka mungkin terlepas pandang menu pesanan anda itu. Bila dapat hidangan anda, anda periksa, oh! Anda kehilangan Big Mac Anda, dengan amarah yang menghantui, anda memaki hamun pekerja McDonald yang menjaga tingkap pesanan. Apa kes? Eh tapi selalunya, mereka akan beri anda “free food” sebagai tanda maaf. Untung apa… 🙂
#6 Jika Anda Memesan Menu Istimewa, Anggaplah Ia Akan Mengambil Masa Yang Lama
Individu yang menyiapkan hidangan burger bagaikan sebuah mesin. Mereka perlu menggunakan fokus dan ketangkasan dengan sebaiknya. Jika anda memesan sebarang hidangan istimewa, seharusnya ia akan menguji kesabaran anda, bukan anda sahaja, malah orang lain yang memesan selepas anda kerana harus menunggu lebih lama.
#7 Bersedialah Untuk Menjadi Bahan Herdikan Orang Jika Anda Membuat Pesanan Di Kaunter
Lazimnya, kaunter restoran McDonald akan sesak. Ada baiknya sambil menunggu gilaran anda untuk memesan, anda telah siap-siap atur dalam benak minda anda berkenaan senarai makanan dan minuman yang anda mahukan. Jangan dah tiba depan kaunter baru anda terheggeh-heggeh nak buat pilihan. Jika begitu, bersiap sedialah untuk dihempuk oleh individu yang beratur dibelakang anda.
#8 Agak Mengganggu Jika Anda Tidak Mengerti Untuk Membezakan Big Mac meal & Big Mac
Big Mac dan Big Mac Meal adalah dua hidangan yang berbeza. Jika anda tidak mahu minuman, jangan pesan BIG MAC MEAL.
#9 Tahukah Anda Pekerja McDonald Secara Rahsia Tidak Mahu Anda Datang Ke Kaunter Mereka
Apabila anda melangkah masuk dan terdapat banyak kaunter yang terbuka, setiap seorang pekerja atau penjaga kaunter sememangnyaberharap agar anda tidak ke kaunter mereka malah pergi ke kaunter yang lain untuk memesan.
#10 Para Pekerja Akan Menghiburkan Diri Mereka Sendiri Apabila Terpaksa Bekerja Dalam Shift Yang Lama
Sekadar untuk menenangkan tekanan dan mengubat kebosanan yang melanda, lebih-lebih lagi apabila bekerja shift malam.
#11 Pekerja Lobi Adalah Yang Paling Beruntung
Ini kerana, mereka tidak perlu bersusah payah seperti individu yang bekerja di dapur. Mereka punyai banyak masa yang terluang dan kerja mereka hanyalah untuk mengemas meja setelah pelanggan selesai makan dan membersihkan lantai. Selain daripada itu, sementara menunggu pelanggan habiskan hidangan mereka, pekerja boleh bersenang-lenang melakukan aktiviti sendiri.
#12 Kawasan Dapur Dijamin Bersih Dan Suci!
Bila tiada pelanggan untuk dilayan, para pekerja akan menyibukan diri membersih bahagian dapur, menyapu, dan membuat proses menghapuskan kuman.
#13 Pekerja Boleh Menghabiskan Sisa Makanan Yang Tidak Habis
Jika anda adalah pelanggan terakhir mereka, ada berpeluang untuk mendapatkan satu atau dua pie secara percuma. Apa sahaja sisa atau tinggalan yang anda akan dikumpulkan setelah restoran ditutup untuk hari berkenaan. Para pekerja yang lainnya bisa menyertai acara makan pie.
#14 Kebanyakan Pekerja Curi-Curi Makan Fries Dan Nuggets Sewaktu Shift Mereka
Ini adalah imbuhan rahsia yang mereka tidak akan beritahu anda.
#15 Mereka Juga Kadang-Kala Mencipta Resepi Mereka Sendiri
Tanpa pengetahuan orang lain, kadang-kala pekerja sengaja menyelit patty yang lain daripada yang sepatutnya. Double Quarter-Pounder sepatutnya dilapisi dengan 2 keping patty daging, tetapi dengan sengja, salah satu daripada patty daging telah ditukar dengan filet Filet-O-Fish.
#16 Fenomena McGangbang bukan rekaan pekerja McDonald Sendiri
Mereka tidak akan pernah membuatkan anda McGangbang. Jika anda mahukan, anda boleh memesan McChicken dan McDouble untuk jadikannya McGangbang. McGangbang adalah menu rahsia merangkumi McChicken yang diapit McDouble.
#17 Yang Paling Utama, Menambah atau Menolak Sebarang Ramuan Pada Menu Pesanan Tidak Akan Menambah Mahupun Mengurangkan Harga Menu
https://twitter.com/Niguu24/status/404323727417942016/photo/1
Kadang-kala penambahan kepingan keju akan meningkatkan kos belian, tetapi kebanyakan harga rangkaian menu McDonald mempunyai harga yang tetap. Sebagai helah pesanan menu, anda boleh mencuba untuk pesan McDouble tanpa sos atau mustard dan gantikannya dengan hirisan kobis yang lebih serta Mac Sauce. Kini anda dapat menikmati Big Mac pada harga yang lebih murah!
#18 Pekerja Tidak Punya Masa Untuk Mempersenda Hidangan Anda
Jangan risau kalau-kalau mereka akan meludah keatas makanan anda, atau biarkan makanan anda tercemar tanpa sebab. Mereka tidak akan mempunyai masa untuk bebuat begitu.