Fenomena menghisap rokok elektronik atau vape bukan sahaja menjadi kegilaan di kalangan golongan lelaki, malah ia turut menjadi kegilangan di kalangan golongan wanita.
Maka tidak menghairankan jika kita dapat melihat ramai wanita menghisap vape di tempat-tempat terbuka.
Mereka juga dilihat hebat menghembus asap berkepul-kepul dengan pelbagai bentuk, sama hebatnya dengan golongan lelaki.
Bagaimanapun pemandangan ini kurang disenangi oleh seorang siswazah, Amalina Annuar dengan membuat satu surat terbuka kepada wanita-wanita yang menghisap vape.
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt.
Kehadapan akak-akak vapers di luar sana. Saya harap agar akak sekalian belum lagi terbatuk dek kepul-kepul asap yang akak sedut selama hari ini, moga-moga masih ada ruang dan kesempatan untuk berhenti ber”vape”
Surat ini saya nukilkan buat akak si gadis manis jelita yang terjerumus dalam kancah Vape. Mungkin pada akak semua Nampak macam hipster dan cool tapi hakikatnya kalau bakal mak mentua akak semua tengok mungkin beliau akan berfikir beratus kali sebelum menerima akak sebagai suri hati anaknya. Apatah lagi kalau bakal-bakal majikan akak terjumpa video kepul naga asap akak di laman sosial, mungkin mampu mengakibatkan akak kehilangan peluang untuk mendapat pekerjaan idaman akak.
Ya benar, rezeki itu milik Allah, jodoh tu pun rahsia Allah, takkan ada sesiapa yang boleh lari dari “kun fa ya kun” milikNya. Namun, kalau dah perbuatan yang kurang manis akak pertontonkan kepada dunia…. Macam mana lah ye?
Sejarah Vape dan pengharamannya
Video kepul kepul asap bajet naga cool akak itu telah menyebabkan saya mencari-cari sejarah Vape. Vape yang mula dicipta pada tahun 1960an tapi tak dapat sambutan pun. Sampailah hadirnya si Hon Lik yang merupakan perokok tegar mencipta vape berinspirasikan mimpinya. Haa mesti akak-akak kata “Vape ni lagi selamat dari rokok la” kan kan kan? Tapi tahukah akak bahawa vape dah pun diharamkan di bebrapa negara-negara seperti Australia dan Singapura.
Apa sebenarnya isi vape?
Akak-akak ku tersayang,
Saya yakin dan pasti bahawa akak semua mesti “expert” habis bab komponen-komponen vape ni yang mengandungi bateri, atomizer dan penyedut. Bateri tu fungsi dia nak panaskan e-liquid dan jadikan wap lalu terhasilah kepu-kepul asap naga yang akak akak semua sedap sedut tu… Haa, tau tak dalam e-liquid tu ada glycerin dan nikotin? Walaupun argument di pihak akak-akak semua adalah kandungan nikotin lebih rendah daripada rokok dan ia 95% lebih selamat, tahukah akak, menurut Jake Mcdonald, PhD (2015, Pengarah Program Kesihatan pernafasan Alam Sekitar dan Kimia di Lovelace Institut Penyelidikan Pernafasan di New Mexico, melalui infografik Yahoo Health, e-cigarettes atau vape lebih merbahaya daripada rokok biasa kerana vape boleh mengakibatkan radang pada paru-paru akak yang sangat berharga dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Hakikat yang akak perlu sedar juga adalah nikotin yang terkandung dalam sebahagian besar e-liquid itu cukup untuk membantu proses ketagihan pada akak-akak sekalian. Tahukah akak nikotin boleh menyebabkan ketagihan sama seperti ketagihan kepada dadah heroin dan kokain?