IKEA Soft Toys untuk kempen pendidikan, merupakan kerjasama baik antara IKEA Foundation, UNICEF dan Save the Children kembali lagi dengan koleksi Krismas.
Menariknya buat kali pertama tahun ini, IKEA memperkenalkan SAGOSKATT, koleksi terhad yang menampilkan watak-watak yang dicipta oleh sepuluh kanak-kanak dari seluruh dunia.
Antara koleksi baharu adalah karya Terrence Wan, seorang kanak-kanak Malaysia 7 tahun yang berbakat besar menghasilkan seekor naga. Difahamkan, rekaannya terhasil apabila dia mengambil bahagian dalam Global Soft Toys Drawing Competition tahun lepas. Dan kini, lagi membanggakan apabila naga ciptaannya menjadi salah satu koleksi soft toy yang akan dijual di IKEA serata dunia.
Setiap, IKEA Foundation menderma €1 (kira-kira RM4.25) bagi setiap soft toy yang dijual di kedai-kedai IKEA. Sumbangan itu akan keSave the Children dan UNICEF dan dibelanjakan untuk projek pendidikan kanak-kanak.
Sejak kempen mainan lembut bermula pada tahun 2003, Yayasan IKEA telah menderma €67 juta kepada UNICEF dan Save the Children, membolehkan lebih daripada 11 juta kanak-kanak di 46 negara mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti.
Kempen di Malaysia akan berlangsung dari 8 Nov 2015 – 2 Jan 2016 di IKEA Damansara dan juga IKEA Cheras, yang bakal dibuka nanti.
Untuk maklumat lanjut berkenaan IKEA Malaysia, sila layari www.ikea.com.