Tiga beradik beruang, Grizzy, Panda dan Ice Bear berasa janggal dengan keberadaan mereka di dalam keadaan sosialisasi yang bertamadun. Belum sempat untuk menyesuaikan diri dalam dunia baharu yang serba moden ini, mereka sering dihantui nasib malang tidak kira apa sahaja perkara yang cuba mereka lakukan.
Berlatar-belakangkan sebuah kawasan teluk di San Francisco, tiga beradik itu sering mundar-mandir mengelilingi bandar untuk mencipta pengembaraan mereka sendiri sebagai salah satu persedian untuk masuk ke dalam norma kehidupan masyarakat kejiranan yang berpaksikan “hipster” itu.
Namun begitu, mereka tidak akan berjalan dalam kumpulan, mereka akan berjalan dalam keadaan formasi unik yang digelar “timbunan beruang”. Aksi mereka sungguh comel dan pasti mencuit hati anda!
Suara Grizzly dibawa oleh Eric Edelstein, Panda oleh Bobby Moynihan dan Ice Bear oleh Demetri Martin. Ketiga-tiga beruang mempunyai personaliti yang tersendiri termasuklah Grizzly yang sentiasa cemerkap dalam semua keadaan walaupun pada hakikatnya dialah yang paling sulung serta dianggap berkarisma dan merupakan seekor beruang yang ceria.
Panda adalah kaki gajet yang sentiasa cuba untuk mendalami ilmu kemodenan yang jauh daripada habitat asal usulnya. Panda juga adalah seekor beruang yang sangat sensitif dan romantik tetapi malangnya, dia selalu sahaja gagal untuk mengambil hati teman wanitanya.
Ice Bear si beruang kutub ini pula adalah yang paling bongsu, sangat pendiam dan amat gemar beradu di dalam peti sejuk melihatkan sifat dan asal usulnya yang datang daripada habitat yang tinggal di kawasan beku.
Untuk lebih keriangan! Jangan lupa tonton siri animasi terbaru WE BARE BEARS yang akan mula menemui anda di kaca televisyen mulai 16 November ini, jam 6pm hanya di Cartoon Network! Astro saluran 616.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cartoonnetworkasia.com