LINE, peneraju platform kehidupan terkemuka di dunia, telah mengeluarkan set pelekat animasi baru, “LINE X UNICEF: Edisi Bayi”, untuk memberi sokongan kepada UNICEF demi membantu kanak-kanak di seluruh dunia, terutamanya mereka yang lebih memerlukan bantuan.
Pengguna boleh membeli set pelekat ini melalui Kedai Pelekat dalam aplikasi untuk 100 LINE Coin, ataupun lebih kurang USD2.19 (RM9.45). Semua hasil daripada jualan pelekat jenama UNICEF akan digunakan untuk membiayai kanak-kanak di negara-negara membangun dan membantu memastikan hak mereka untuk terus hidup, berkembang maju dan memenuhi potensi mereka.
“LINE X UNICEF: Edisi Bayi” adalah set pelekat animasi pertama yang dikeluarkan oleh LINE melalui kerjasama bersama UNICEF. Set 24 pelekat ini, mencirikan versi perwatakan bayi LINE FRIENDS yang menarik, tersedia untuk semua pengguna LINE di Malaysia, Korea, Jepun, Taiwan, Thailand, Indonesia, India, Hong Kong, Amerika Syarikat, Sepanyol, Perancis dan Jerman.
Sejak kerjasama dengan UNICEF pada Februari 2015, LINE telah pun membiayai kanak-kanak serata dunia. Ini merupakan set pelekat berbayar yang kedua yang telah dikeluarkan oleh LINE untuk mengumpul dana bagi UNICEF, berikutan set pertama yang telah dikeluarkan pada September.
LINE X UNICEF: Butiran set pelekat Edisi Khas
Nama: LINE X UNICEF: Edisi Bayi
- Harga: 100 Syiling LINE Coins (lebih kurang RM9.45)
- Tarikh Pengeluaran: 10 November 2015
- Expiry Period Tempoh Tamat: Tidak Terhad
- Rantau Jualan: Malaysia, Korea, Jepun, Taiwan, Thailand, Indonesia, India, Hong Kong, Amerika Syarikat, Sepanyol, Perancis, Jerman
- Download Link Pautan Muat-turun: http://line.me/R/shop/detail/5461