Filem animasi The Good Dinosaur bakal menemui anda di pawagam satu Malaysia pada 26 November 2015. Untuk makluman anda, The Good Dinosaur mengisahkan tentang Arlo, seekor Apatosaurus remaja yang sedang menjalankan misi mengembalikan keamanan di bumi selepas berlakunya suatu malapetaka. Sewaktu menjalankan misinya itu, dia telah berkawan dengan seorang manusia bernama Spot.
- Bahasa: Inggeris
- Klasifikasi: NA
- Tarikh Tayangan: 26 November 2015
- Genre: Animasi
- Durasi: NA
- Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
- Pelakon: Lucas Neff, John Lithgow, Neil Patrick Harris, Judy Greer, Bill Hader
- Pengarah: Peter Sohn
- Format: 2D
Pihak Wanista berbesar hati untuk memberikan beberapa koleksi eksklusif barangan The Good Dinosaur kepada pembaca Wanista yang senantiasa menyokong portal kami.
Antaranya adalah seperti adult tee, umbrella, water bottle, flip flop, cap, notebook, bookmark, sticker dan beberapa lagi. Apa yang anda perlu lakukan adalah jawab soalan di bawah, like laman Facebook Wanista MY dan follow Instagram WanistaMY.
Soalan :
Berikan slogan kenapa anda ingin memenangi barangan eksklusif yang kami tawarkan. Jawapan kena ringkas dan dalam 1 ayat sahaja.
Syarat Penyataan :-
1. Jawapan perlu dihantar ke emel submit@wanista.com berserta tajuk Peraduan Menangi Barangan Eksklusif Filem Animasi ‘The Good Dinosaur’. Sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon, email.
2. Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling kreatif sahaja.
3. Peraduan dibuka hingga 27 November 2015.
4. Pemenang akan diumumkan selepas tarikh tersebut di laman Facebook kami dan portal Wanista.com.
Sekian, terima kasih.