Sebelum anda perasakan, bakar, panggang, kukus, goreng ataupun grill, anda satu perkara mudah yang perly anda lakukan pada filet salmon anda sebelum dimakan. Iya, buang tulang-tulang kecil pada salmon.
Anda semestinya tidak mahu perkara seperti sedang enak menikmati salmon tiba-tiba terdapat tulang yang menyakiti rongga mulut anda bukan. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengeluarkan tulang halus dan kecil ini dengan cepat dan mudah kerana ianya tidak melekat pada struktur tulang yang lebih besar dalam ikan.
Untuk membuangnya, sudah tentu anda perlukan filet salmon, pelayar, surgical clamp ataupun fish tweezer malah hujung jari sensitif anda.
Caranya:
- Baringkan filet di atas pinggan, papan pemotong ataupun kuali leper.
- Cuba pegang filet dan rasa jika terdapat hujung tulang.
- Jika ada, cuba tarik perlahan-lahan hujung tulang menggunakan alatan yang ada. Jangan tarik sampai hancur ikan tersebut.
- Terus lakukan sehingga tiada tulang.