Bersedialah untuk aksi memukau bertaraf dunia melalui silap mata, ilusi, komedi dan muzikal di Sunway Lagoon Amphitheatre, sebuah destinasi keriangan di Asia yang bakal membawakan TRIKSTARS, Pakar Silap Mata ke Malaysia dari 5 Disember – 20 Disember 2015.
Diterbitkan oleh penerbit teater terkenal di peringkat antarabangsa, Dion and Randall International – mereka akan membawakan lima pakar silap mata dan ilusi yang hebat dari serata Las Vegas dan Eropah untuk memberikan persembahan menakjubkan yang bakal memukau seluruh ahli keluarga!
Merupakan salah satu bakat yang ditemui oleh Dion and Randall International di Las Vegas, TRIKSTARS dengan bangganya mempersembahkan The Wizardry of Phelston Jones, seorang ahli silap mata yang hebat yang mampu menarik perhatian penonton, menggunakan teknik-teknik silap mata, ahli-ahli komedi dan pemilihan penglibatan penonton untuk membantunya menghasilkan pelbagai ilusi yang unik dan menakjubkan.
Malah, turut ada Sylvester the Jester, seorang ahli silap mata dari Amerika yang cukup terkenal dengan aksi melakonkan satu watak kartun yang dijelmakan ke dunia realiti, serta King Charles Troupe, yang terdiri daripada kumpulan lelaki muda yang bermain permainan bola keranjang bertenaga tinggi sambil mengayuh ekasikal (unicycle) dengan gaya “Razzle Dazzle – sebuah persembahan di atas satu roda yang hebat di mana mereka membuat hantaran bola, menjaringkan gol dan menyelit ke sana sini dalam perlawanan bola keranjang yang paling menghiburkan di dunia!
Jauh dari Netherlands, TRIKSTARS membawakan Juara Silap Mata Dunia dan pemenang pelbagai Anugerah Silap Mata berprestij, Nightmares – ia merupakan era baru Silap Mata dengan kombinasi unik dari segi penceritaan, visual yang kuat dan silap mata. Dan akhir sekali, Sebastian & Kristina dari Hungary, pemenang pelbagai anugerah berprestij dalam seni transformasi tarian dan silap mata.
Persembahan gilang-gemilang selama 90 minit ini bersedia untuk menghiburkan penonton dari semua peringkat umur dengan 14 persembahan setiap hari Rabu hingga Isnin dari 5 hingga 20 Disember 2015 bermula jam 8 malam. Harga tiket untuk menyaksikan TRIKSTARS bermula dari RM70 untuk kanak-kanak dan RM94 untuk dewasa. Tempah tiket anda sekarang di ticketcharge.com.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sunway Lagoon di +603-5639 0000 atau layari laman web Sunway Lagoon di www.sunwaylagoon.com atau halaman Facebook www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.