Coach sangat teruja memperkenalkan beg ikonik ‘The Saddle Bag’ untuk sambutan ulang tahun ke-75 yang akan datang pada 2016.
Coach memulakan kempen global untuk memberi penghormatan kepada silhouette klasik vintaj, yang dikenali sebagai Ikon Coach. Kempen ini akan menjadi satu siri empat bahagian memperkenalkan empat beg ikonik klasik, The Saddle, The Dinky, The Tote dan The Duffle.
The Saddle Bag adalah yang pertama dalam siri empat beg ikonik, merupakan satu pengubahsuaian koleksi beg No. 9170 Classic Pouch, direka oleh Bonnie Cashin, pengasas pereka Coach pada tahun 1972.
Mengambil inspirasi daripada rekaan No. 9170, Saddle memberi fokus kepada glove-tanned leather bersama soft leather lining dengan sedikit kontra penggunaan pop color.
Merupakan koleksi serba boleh untuk lelaki dan wanita, didatangkan dalam dua saiz yang berbeza dengan tali boleh laras dan 6 warna yang menyegarkan. Untuk menambah sentuhan peribadi, pembeli boleh memilih untuk monogram depan beg dengan singkatan nama.
Coach Saddle Bag boleh didapati dalam kuantiti yang terhad di Coach Pavilion KL, Coach KLCC pada Disember 2015 dan dilancarkan secara rasmi di seluruh kedai-kedai Coach dari Mac 2016 dan seterusnya. Harga runcit pada RM 2,150 dan RM 2,880. Perkhidmatan monogram hanya boleh didapati di Coach Pavilion KL sahaja.
Untuk info lanjut, anda boleh ke www.coach.com.