Barang kemas sebagai hadiah dan pemberian merupakan satu cara menarik untuk meluahkan perasaan anda kepada yang tersayang. Jadikan Hari Kekasih ini sesuatu yang istimewa dengan pemberian gelang tangan yang diberi sentuhan peribadi daripada Endless.
Endless Jewelry, yang terkenal dengan gelang tangan bergaya daripada kulit berwarna-warni serta charm yang unik dan elegan memperkenalkan Koleksi Endless Love Collection sempena Hari Kekasih ini. Koleksi Endless Love menampilkan 20 charm unik dengan pilihan perak sterling disadur dengan rodium atau emas.
Koleksi Endless Love mengetengahkan rekaan Treasure of Hearts, Secret Heart, Forever Love, Heart Love, Eternity Love, Sparkling Love Drop, Heart Drop dan rekaan romantis yang lain.
Anda boleh menambah kilauan pada gelang tangan dengan rekaan yang menarik, mewah dan elegan: Chain of Love, Dreamy Heart dan Rose Love Drop daripada Koleksi Eksklusif Jennifer Lopez. Si pemakai mampu menzahirkan personaliti mereka menerusi pelbagai pilihan gelang tangan dan charm Endless. Pilihannya cukup banyak dan tiada hadnya.
Endless Jewelry hadir dalam rekaan dan warna kontemporari, yang boleh digayakan tanpa mengira mood, majlis atau pakaian anda. Rekaan fesyen yang unik ini sememangnya hadiah yang sempurna untuk kekasih hati anda.
Harga gelang tangan Endless Jewelry bermula daripada RM 299 manakala harga bagi charm bermula daripada RM119.
Butik Endless Jewelry terletak di LG Concourse, Sunway Pyramid dan dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 10 malam. Dapatkan maklumat lanjut menerusi www.endlessjewelry.com.my / www.facebook.com/EndlessJewerlyMY/