Musim cuti ini akan lebih menyeronokkan penggemar coklat dengan pengumuman bahawa Chatime Malaysia dan The Hershey Company akan menjalinkan kerjasama strategik untuk memperkenalkan rasa coklat premium Hershey’s dalam siri minuman Chatime yang baharu dan menarik.
Sebagai jenama F&B gaya hidup paling unggul di Malaysia, Chatime akan menambat hati penggemarnya dengan rangkaian minuman coklat gelap istimewa yang diilhamkan oleh pengeluar coklat terkenal di dunia, Hershey’s. Untuk masa yang terhad sahaja, Siri Coklat Gelap dengan Hershey’s (Dark Chocolate Series with Hershey’s) boleh didapati di semua 140 cawangan Chatime di Malaysia. Dengan kerjasama ini, selain dalam bentuk bar coklat, Hershey’s kini boleh dinikmati dalam secawan Chatime Smootea.
Siri baharu ini terdapat dalam dua perisa – Choc Peanut Butter Smootea dan Choc Peppermint Smootea. Choc Peanut Butter Smootea menggabungkan keenakan mentega kacang berkrim dengan rasa klasik coklat gelap dan ditabur dengan cip coklat susu Hershey’s. Sementara itu Choc Peppermint Smootea, yang juga akan ditabur dengan cip coklat susu Hershey’s, menggabungkan aroma coklat gelap dengan rasa pudina yang menyegarkan.
Walaupun minuman Chatime dapat dinikmati di serata dunia, Peanut Butter Choc Smootea dan Choc Peppermint Smootea hanya dijual di Malaysia. Pelancaran kedua-dua minuman ekslusif ini merupakan sebahagian daripada usaha Chatime Malaysia untuk menginovasikan resipi baharu, dengan tujuan merevolusikan industri F&B di Malaysia. Hasil-hasil inovasi yang lalu termasuk Pearl Thai Milk Tea, King of Mango Shake dan Cendol La-Tea.
Choc Peanut Butter Smootea dan Choc Peppermint Smootea kini boleh didapati pada harga RM8.50 (saiz biasa). Choc Peppermint Smootea juga dihidangkan panas pada harga RM7.50 secawan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Chatime Malaysia, sila layari http://www.chatime.com.my.