Seterika pelurus adalah keperluan yang boleh dianggap penting untuk si empunya rambut berombak dan kerinting. Tetapi pernahkah anda mencucinya? Mesti tidak kan?
Besi adalah sejenis komponen yang cepat berkerak dan berkarat jika tidak dijaga dengan rapi. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk mencucinya? Secara umum, perkakas elektrik tidak boleh dicuci dengan mudah kerana air bisa sahaja merosakannya fungsi dalaman komponen perkakas elektrik.
Lebih memudaratkan, agak sukar untuk anda gayakan rambut anda dengan sempurna jika sisa-sisa produk rambut yang melekat pada seterika berkenaan mula mengeras dan terkumpul pada permukaan besi pemanas.
Oleh itu, disini Wanista ingin kongsikan tips berguna, cara untuk membersih serta mencuci seterika pelurus dan pengerinting rambut dengan teratur.
Apa yang anda perlukan:-
- Bebola kapas
- Cecair pencuci alkohol
- Sehelai kain lembap
Cara-caranya:-
Sesudah seterika pelurus anda betul-betul sejuk (dan telah dimatikan suis dan dicabut wayarnya daripada soket), celupkan beberapa bebola kapas ke dalam cecair pencuci alkohol yang anda boleh beli di mana-mana pasaraya utama berdekatan. Secara lembut, oleskan kapas yang dibasahi cecair itu tadi di permukaan plat besi. Setelah selesai, lapkan bahagian besi tadi dengan kain lembap untuk mencuci lebihan cecair alkohol dan kotoran yang tertanggal.
Jika terdapat sisa produk rambut yang telah mengeras pada permukaan besi seterika:-
Ambil sebatang berus gigi yang baru, gosokkannya ke bahagian permukaan yang mempunyai sisa produk/kotoran degil itu tadi.
Bilakah waktu yang sesuai untuk anda mencuci seterika rambut anda?
Anda seharusnya mencuci seterika rambut dengan kerap agar ianya sentiasa bersih dan tidak tercemar dengan sisa produk rambut yang akan merosakkan kondisi kelancaran seterika iaitu dalam kadar seminggu sekali. Rambut anda pasti berterima kasih kepada anda!
Selamat Mencuba!