Dynamo, pencuci cecair No. 1 di Malaysia, mendapati bahawa rata-rata pengguna Malaysia cenderung menggunakan cecair pencuci pakaian dalam kuantiti yang melebihi keperluan sebenar.
Jenama tersebut membentangkan hasil kajian corak pengguna ketika suatu perbincangan panel, di mana sesi tersebut mendedahkan bahawa 1 daripada 4 orang dewasa tidak membuat sukatan atau mengikut paduan label ketika menggunakan cecair pencuci pakaian. Di samping itu, kumpulan yang sama turut menggunakan kuantiti cecair melebihi sukatan yang ditentukan kerana mereka merasa langkah tersebut akan menjadikan pakaian lebih bersih.
Hanya satu botol untuk cucian setinggi Menara KL
Sesi perbincangan ini adalah bersempena pelancaran Dynamo Power Gel, rangkaian serba baru yang menampilkan formula gel ultra pekat untuk menanggalkan kesan kotoran dua kali lebih baik dengan satu basuhan. Ini bermakna, hanya setengah penutup botol atau 45ml Dynamo Power Gel cukup untuk satu muatan standard kain baju sebanyak 15-20 helai.
Dynamo Power Gel juga diberikan wajah baru dengan bungkusan produk yang inovatif, termasuk penutup botol yang direka bukan sahaja untuk mengukur dengan lebih jelas, tetapi juga untuk mengelakkan pembaziran dengan membiarkan detergen yang tertinggal pada penutup mengalir masuk semula ke dalam botol. Versi yang ditambah baik ini dibawakan dalam struktur cecair yang pekat apabila mendap dan menjadi cair apabila dicurahkan. Inilah ciri utama yang menjadikan detergen larut dengan lebih baik dan tidak meninggalkan sisa detergen pada pakaian.
Dynamo Power Gel kini boleh didapati atas rak-rak di seluruh negara. Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Everyday Me Malaysia (https://www.facebook.com/EverydayMeMalaysia) atau ikuti perbualan dalam talian dengan hashtag #MYLaundryTower.