Tidak semua tahu akan manfaat santan kelapa. Anda percaya jika penulis katakan santan adalah perapi terbaik untuk rambut?
Cuba aplikasi dalam 5 sudu makan setelah siap syampu, hasilnya sangat tip top, rambut lebih halus dan sihat.
Tertanya apa kebaikan santan untuk kesihatan rambut? Nah, Wanista kongsikan.
#1 Santan melembutkan rambut kerana santan mengandungi minyak kelapa yang sangat bagus untuk rambut.
#2 Santan yang akan protein mampu menguatkan akar dan helai rambut. Jadi, jika anda mempunyai rambut ksutu, bercabang, kiranya tidak sihat, jangan bimbang kerana rambut dengan jumlah protein yang tepat akan tumbuh dengan lebat, kuat dan panjang.
#3 Santan juga boleh melembutkan rambut. Bagaimana? Minyak kelapa yang terkandung di dalamnya memlembutkan rambut sehingga rambut halus.
#4 Minyak kelapa yang terkandung di dalamnya akan membuatkan rambut lebih bersinar. Ucap selamat tinggal kepada rambut kusam dan kasar.
#5 Santan yang kaya akan nutrisi juga boleh menhalang rambut rosak. Jika anda jenis yang selalu menggunakan pengering rambut, kemungkinan lama-kelamaan rambut akan rosak. Dengan mengaplikasikan santan, kerosakan rambut boleh dicegah.
Jadi, cuba petua ini dengan mengaplikasikan santan ke rambut 2 kali seminggu, Inshaallah rambut akan jadi lebih sihat dan bermaya.