Lebih daripada 200 kakitangan Mondelez Malaysia dari seluruh negara menjadi sukarelawan dengan menyumbangkan masa, tenaga dan kemahiran masing-masing sempena Bulan Sukarelawan Global syarikat buat tahun ketiga berturut-turut. Diadakan sepanjang bulan Oktober, kakitangan terlibat yang menyahut cabran menjadi sukarelawan digelar sebagai ‘Penggiat Komuniti’ menyertai beberapa siri program kemasyarakatan bagi membantu komuniti setempat.
Tahun ini, ‘Penggiat Komuniti’ Mondelez Malaysia menganjurkan aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak dan orang tua di empat rumah anak yatim dan rumah orang tua yang berbeza di Petaling Jaya, Shah Alam, Pulau Pinang dan Johor Bahru iaitu Lovely Nursing Home di Petaling Jaya, Pusat Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal di Butterworth, Cerebral Palsy Johor dan Rumah Penyayang Hembusan Kasturi di Shah Alam.
Penyertaan dalam kegiatan seperti ‘gotong-royong’ adalah penting dalam mengekalkan kebersihan persekitaran dan bagi mengalakkan gaya hidup yang aktif dan sihat kepada kelompok masyarakat sasaran tersebut khususnya. ‘Penggiat Komuniti’ turut membaiki dan menambahbaik tempat tinggal mereka yang memerlukan. Kegiatan-kegiatan kemasyarakatan yang dijalankan menjadi contoh teladan positif kepada kanak-kanak dan menarik minat orang ramai untuk turut serta dalam program seumpama ini.
“Aspek terbaik menjadi ‘Penggiat Komuniti’ ialah kakitangan diberikan kuasa penuh untuk memilih untuk berkhidmat kepada kumpulan masyarakat yang berkaitan dengan minat dan kemahiran mereka,’’ jelas Raja Zalina Raja Safran, Ketua Hal Ehwal Korporat Mondelez Malaysia. “Inisiatif seumpama ini adalah salah satu cara Mondelez melabur didalam usaha tanggungjawab sosial korporat di Malaysia dengan memberi tumpuan khusus terhadap pendidikan dan legasi syarikat dalam memupuk semangat kesukarelawan untuk memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan di negara ini.”
Bulan Sukarelawan Global ini adalah bersempena hari ulang tahun Mondelez International sejak ia menukar nama daripada Kraft Foods Inc. pada tahun 2012. Sebagai pemilik beberapa jenama yang paling digemari di dunia, Mondelez Malaysia percaya bahawa setiap individu mempunyai suara tersendiri yang mampu memberi inspirasi dan mencipta perubahan.