Penulis dan penyair romantik menggunakan bunga sebagai metafora untuk emosi, kecantikan, semangat dan cinta sejati sepanjang zaman.
Apatah lagi cuba bayangkan diri anda berjalan ke pelamin dengan dihiasi himpunan bunga segar yang cukup mengasyikkan, cukup indah, cukup memori. Segalanya sempurna!
Persoalannya, bunga mana yang jadi pilihan anda? Yang penuh warna-warni? Mengeluarkan bau cukup wangi? Bunga yang simple yet classy? Aaaahhhh pelbagai perkara di benak fikiran bila bicara tentang pilihan bunga untuk hari bahagia. Nope! Jangan stress!
Ini Wanista kongsikan beberapa jenis bunga yang popular yang sesuai untuk majlis kahwin.
#Rose – Merupakan pilihan klasik dan tentunya menaikkan suasana romantis di majlis perkahwinan.
#Tulip – Bunga tulip amat comel dan sesuai untuk dijadikan hand bouquet hinggalah hiasan meja. Variasi warna yang pelbagai membolehkan anda memilih mana-mana warna yang bersesuaian dengan tema anda.
#Peony – Bunga peony yang mekar agak besar dan membuatkan hiasan nampat lebat dan cantik. Bunga peony yang punya variasi warna yang pelbagai boleh digandingkan dengan mana-mana bunga untuk menyerikan majlis anda.
#Gardenia – Cantik bukan? Bunga ini bukan sahaja cantik di mata, malahan juga mengeluarkan bau yang agak kuat. Boleh dijadikan sebagai aksesori rambut pengantin juga.
#Calla Lily – Bunga yang cukup simple yet classy, memberikan memori indah di hari bahagia anda. Cukup manis memilih hand bouquet calla lily dari rona ungu pekat dipadankan bersama dress rona krim atau putih.
#Hydrangea – Warnanya yang lembut memberi kelembutan kepada dekorasi yang diilhamkan.
#Stephanotis – Bunga yang berbentuk bintang ini adalah salah satu pilihan yang classy untuk dijadikan bunga tangan pengantin. Warnanya yang putih melahirkan rasa kesucian dan kemanisan.
#Sweet Pea – Terdiri dari pelbagai rona daripada putih ke merah jambu sehingga ungu pekat, mengeluarkan bau yang agak kuat dan manis, sesuai dijadikan dekorasi di meja jemputan.
#Lily – Lily membawa makna kebahagiaan, kesucian, cinta yang berpanjangan. Menjadi pilihan Song Hye Kyo ketika hari bahagiannya baru-baru ini.
Alangkah cantiknya semua pilihan bunga di atas bukan??? Pastikan bunga yang dipilih bersesuaian dengan tema majlis anda okay.