Diumumkan, penyanyi lagu genre ‘Country’ dan jurulatih rancangan realiti The Voice, Blake Shelton bakal mengacarakan Anugerah Nickelodeon’s Kids Choice Award 2016 yang akan keudara di Asia pada 14 Mac tahun hadapan.
Acara berprestij ini akan dapat ditontin oleh kanak-kanak seluruh dunia merangkumi 180 buah negara dan wilayah antarabangsa. Pengiktirafan terunggul akan diberikan kepada filem-filem hebat, muzik terbaik, rancangan televiseyen kegemaran ramai dengna mengambil kira penglibatan kanak-kanak yang akan diberi keutamaan dalam pemilihan juara setiap kategori.
Seperti yang telah diketahui, Nickelodeon amat terkenal dengan adegan curahan slime berwarna hijau. Jika anda mahu melihat aksi para selebriti dibasahi dan dihujani cairan lendir melekit serta pelbagai aksi menarik yang lain, jangan lupa simpan tarikh 14 Mac 2016 okay?!
Jelas Shelton mengenai tanggungjawabnya sebagai hos acara anugerah berkenaan, “telah sekian lama saya berkecimpung dalam dunia seni seumpamanya, tetapi tidak pernah sekalipun saya terlibat dengan acara yang memerlukan saya untuk menjadi seorang yang lucu atau gila, malahan sesuatu keterujaan yang menjanjikan keseronokan sebegini”.
“Tanpa sebarang keraguan, Nickelodeon’s Kids Choice Award adalah parti besar-besaran khas dianjurkan untuk hiburan kanak-kanak”, tambahnya.
Nickelodeon! Himpunan hiburan terbaik, untuk kanak-kanak terbaik!
Tonton pautan video Blake Shelton dicurah dengan lendir hijau bagi menjayakan rakaman promo Nickelodeon’s Kids Choice Awards 2016.
Untuk maklumat lanjut, sila layari kca.nick-asia.com