Global Beauty International Pte Ltd yang memperkenalkan konsep pelbagai jenama berprestij seperti Marie France Bodyline, Bella Skin Care dan Svenson Hair Centre kini melangkah ke tahap baru dalam bidang regeneratif serta inovasi transformasi kecantikan dengan pembukaan pusat kecantikan Aesthetic by Marie France dan Clinic MF.
Kedua-dua pusat memberikan hasil yang komprehensif dari segi penjagaan kesihatan, rawatan eksklusif daripada kontur atau potongan badan, penjagaan kulit sehinggalah kepada penjagaan rambut di premis berkonsepkan spa mewah. Aesthetic by Marie France dan Clinic MF yang terletak bersebelahan di tingkat dua merupakan premis terbaru di pusat membeli-belah Atria dan mempunyai keluasan 5515 kaki persegi.
“Atmosfera serba mewah dan premium dapat dirasakan di dua pusat utama kami. Malah, ditambah pula dengan kemajuan rawatan menerusi teknologi maju, moden dan state-of-the-art yang dikendalikan perunding berkemahiran tinggi, kami menjanjikan bukan sekadar sesi memanjakan diri semata-mata namun memastikan hasil yang memuaskan. Kami mahu memfokuskan dan menitikberatkan pengalaman setiap pelanggan dari minit pertama mereka memasuki premis kami,” kata jurucakap Global Beauty International.
Aesthetic by Marie France
Menerusi Aesthetic by Marie France, klien boleh mendapatkan pelbagai jenis rawatan eksklusif untuk memanjakan diri yang memfokuskan kepada bahagian wajah dan badan mengikut keperluan peribadi masing-masing.
Bukan hanya berpaksikan rawatan yang sama untuk semua jenis keperluan, falsafah Aesthetic by Marie France adalah untuk menawarkan rawatan ‘bespoke’ atau rawatan yang dipadankan dengan keperluan pelanggan. Selepas sesi perundingan dengan pakar terapi yang berpengalaman, satu program unik akan disediakan untuk setiap pelanggan supaya hasilnya menepati kehndak yang diingini.
Terdapat 19 bilik rawatan di Aesthetic by Marie France serta ruang istirehat yang besar untuk para pelangaan boleh berehat sebelum dan selepas menjalani rawatan. Parti kecantikan untuk para pelanggan turut diadakan di sini secara bulanan.
Rawatan Facial Indulgence termasuklah penghidratan secara mendalam, anti-penuaan, pencerahan kulit, menegangkan kulit/anti-kedut/ penjagaan lapisan kulit, penjagaan mata, dan leher.
Bagi yang inginkan rawatan memanjakan badan mahupun untuk melangsingkan badan, menegangkan dan membentuk kontur badan, membuang selulit dan berat badan, rawatan-rawatan berkenaan turut disediakan.
Clinic MF
Clinic MF adalah pusat pakar kecantikan holistik terbaru di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan dan rawatan menfokuskan kepada bidang estetik. Prosedur moden disediakan daripada rawatan invasif secara minimum hinggalah rawatan bukan invasif merangkumi pelangsingan dan kontur badan, penjagaan kulit serta rambut. Rawatan dikendalikan oleh pasukan perubatan profesional.
Kedua-dua pusat kecantikan itu beroperasi dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.aestheticbymf.com.my dan www.clinicmf.com.my. Temujanji boleh dibuat dengan menghubungi 03-77317202.