Tampil anggun dan secantik mungkin di hari bahagia anda merupakan impian setiap wanita. Pakaian yang dikenakan seboleh mungkin harus kelihatan sempurna agar sedap dipandang para tetamu yang hadir.
Aksesori rambut adalah salah satu bahagian dari pakaian yang dikenakan pengantin perempuan. Jika biasanya pengantin perempuan memakan veil alias tudung tutu, mungkin anda boleh menggantikannya dengan mahkota bunga alias flower crown. Apatah lagi untuk anda yang memilih tema boho untuk hari bahagia, flower crown bukan sahaja membuatkan penampilan manis malah santai dan ceria sekali.
Tips Penting:
Kebanyakan flower crown diperbuat daripada dawai tebal yang boleh dibentuk dan dibentuk ke kepala anda, tetapi bobby pins juga menambah kestabilan lebih-lebih lagi jika anda banyak bergerak untuk bersalaman dengan para tetamu.
Pastikan rambut anda yang siap digayakan itu disembur dengan penyembur rambut terlebih dahulu, jangan sesekali sembur pada flower crown kerana ia hanya membuatkan bunga nampak pudar dan bertukar warna.
Jangan simpan mahkota bunga anda di dalam peti sejuk dengan makanan, makanan boleh menyebabkan beberapa bunga bertukar warna.
Hands off please! Kalau boleh untuk hari itu sahaja jangan gatal asyik menyentuh flower crown takut rosak nanti.
Suka idea mengenakan flower crown tetapi tidak yakin. Bagaimana kalau bridemaid anda sahaja yang memakainya, pasti menarik bukan? Kalau dipakai pada flower girl, lagilah bertambah comel majlis anda.