Televisyen adalah mesin yang dapat memaparkan rancangan hiburan melalui sambungan satelit. Sebagai pengeluar TV OLED utama dunia, LG Electronics baru-baru ini melancarkan dua paparan OLED terbesar di dunia dan menempatkan mesin gergasi itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan.
LG telah bekerjasama rapat dengan firma reka bentuk terkemuka Perancis iaitu Wilmotte & Associés demi melaksanakan impiannya untuk mewujudkan struktur dinding menarik bagi menghiasi terminal utama lapangan terbang yang pernah memenangi anugerah itu.
Setiap rekaan paparan terdiri daripada 140 55-inci panel OLED melengkung, menghasilkan paparan yang berdiri sentinggi 13 meter dan 8 meter keseberang. Ini sekaligus menyamai tiga kali ganda saiz bekas penghantaran kontenna.
Paparan berfungsi untuk menampilkan pelbagai kandungan yang menonjolkan keupayaan teknologi OLED, contohnya letusan bunga apa yang terpancar di langit malam. Dan oleh kerana setiap piksel dalam paparan OLED mengeluarkan cahaya sendiri, ia tidak memerlukan sokongan sistem LED yang berat. Hasilnya, ia mudah tergantung walaupun di permukaan syiling lapangan terbang.
“Paparan OLED sememangnya suatu inovasi teknologi canggih yang selari dengan kemajuan lapangan terbang kami”, jelas Park Wan-su, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
“Kami sentiasa komited untuk mewujudkan pembaharuan yang dapat dikongsi bersama jutaan pengunjung yang melancong ke sini, khususnya barangan yang dikeluarkan oleh jenama Korea sendiri”, tambahnya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lg.com