Fakta Menarik! Apple Inc mendapat inspirasi buah Epal dari Silicon Valley berdasarkan kebun buah-buahan di sana, dan dalam pada waktu yang sama, Epal merupakan buah kegemaran Steve Job tatkala beliau mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Logo ikonik berkenaan mungkin akan dipersembahkan secara penuh, tetapi Steve merasakan versi epal yang telah digigit itu akan kelihatan lebih comel! Yakni ianya kekal sehingga kini.
Tidak begitu bosan seperti yang disangkakan, Epal memiliki banyak kebaikan, bak kata bidalan Inggeris,“An apple a day keeps the doctor away.” Tetapi tahukah anda bahawasanya banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan dengan jenis buah yang pernah disebut dalam lagu hit nyanyian Anita Sarawak itu?
#1 Berfungsi sebagai lembapan kepada pastri yang dibakar
Simpan kek dan pastri yang dibakar bersama sebahagian Epal, lebapan daripada buah berkenaan akan memelihara kesegaran serta kelembapan makanan yang dibakar itu tadi.
#2 Epal dapat bantu percepatkan proses buah-buahan lain untuk masak
Buah Epal melepas sejenis gas yang dipanggil ethylene. Gas berkenaan dapat mempercepatkan proses buah untuk masak. Kalau nak buah mangga atau pisang untuk lekas masak, bolehlah letak Epal berdekatan dengan buahan-buahan lain itu okay?
Nota: Namun helah ini tidak berkesan keatas buah oren, nanas, atau limau tangerine.
#3 Membuat projek seni anda tampak hebat!
Masih ingat waktu sekolah dulu cikgu selalu galakkan kita untuk buat karya seni menggunakan cap yang dibuat menggunakan ubi kentang. Aha! sudah masanya untuk tukarkan kentang dengan Epal. Hasilnya, seni versi hipster tercipta. Hebat! -Rujuk gambar hiasan
#4 Boleh menjadi puzzle
Sememangnya cara yang terbaik untuk menikmati Epal. Dengan hanya menggunkan 4 potongan strategik, anda boleh mengubah sebiji Epal menjadi puzzle. Kanak-kanak pasti sukakan ini! Salah satu cara yang para ibu boleh gunakan untuk memujuk anak mereka menikmati buah Epal yang menyihatkan! Tengok video untuk ketahui cara membuat puzzle Epal.
#5 Menangkap perhatian para jiran sehingga mereka tertanya-tanya dari manakah anda mendapat inspirasi untuk deko sambutan kali ini
Tiada apa yang lebih menarik daripada mengantung kalungan yang dicipta menggunakan hirisan Epal kering di sekeliling pohon Krismas anda!
#6 Boleh jadi cuka yang unik
Epal adalah intipati sebenar cuka. Rasa minuman yang ditambah bersama jus Epal yang dijeruk adalah sangat sedap. Yang paling mengancam, cuka terasa lebih enak apabila direndam bersama estrak buah-buahan, madu, atau elderflower.
#7 Dapat mengecai gula yang telah berbuku
Jika anda terfikir apa yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kembali tekstur gula pasir, terutamanya gula perang yang telah lama disimpan dan berbuku. Letakan gula berkenaan di dalam beg plastik yang boleh ditutup rapat bersama Epal yang dipotong kepada beberapa bahagian. Simpan ia ditempat kering selama satu hingga dua hari, dan lihat transformasi magik yang berlaku! Gula berbuku akan menjadi gula pasir yang normal semula.
#8 Epal sebagai dekorasi parti atau majlis keramaian
Bukan sahaja dilihat sebagai sesuatu yang sungguh menyegarkan, malah ianya menjimatkan kos. Tidak perlu susah-susah mendapatkan pemegang lilin yang mahal-mahal untuk buat dekorasi majlis anda nampak berseri, Epal sahaja sudah memadai. Cuma perlu menebuk lubang ikut saiz lilin yang hendak digunakan, selit lilin berkenaan ke dalam lubang yang siap ditebuk.
#9 Bisa Menjadi Teman Baik Buat Kulit Anda
Sifat antioksidan Epal boleh melegakan kerosakan kulit yang dijejaskan oleh pancaran matahari. Selain itu, asid glycolic pula bantu membersihkan liang pori anda. Cuba campurkan Epal bersama madu untuk dijadikan mask muka semula jadi.
#10 Mampu menyerap rasa masin dalam masakan
Jika anda tersilap langkah dengan menabur terlalu banyak garam ke dalam masakan, jangan risau, potong Epal dan letakan ia kedalam masakan anda itu selama 10 minit. Epal akan bertindak menyerap lebihan rasa masin yang terkandung dalam makanan.
#11 Sebagai pembersih mulut
Kandungan Epal yang sedikit berasid dan kasar, kaya dengan serat menjadikan ia sejenis makanan yang boleh membersih dan memutihkan gigi. Tekstur kerangupannya pula bantu menghakis kesan kotoran degil pada permukaan gigi dari masa ke masa.