Tidak ramai gemar menggunakan rona hitam untuk menghiasi kediaman apatah lagi bilik tidur. Anggapan mereka, warna tersebut hanya akan menggelapkan keseluruhan rumah dan membuatkan ruang dalam kediaman lebih sempit.
Untuk itu, mereka ketara memilih sapuan warna putih pada dinding. Bukan sahaja ruang tampak luas tetapi ia lebih mudah untuk disuai padankan dengan perabot.
Hitam dan putih merupakan kombinasimenarik, kontemporari, tidak ketinggalan zaman dan yang paling penting, ia serasi!
Ini antara beberapa inspirasi dekorasi bilik tidur menggunakan tema hitam dan putih.